Thursday 15 December 2011

perjalanan hidup11

Assalamualaikum,
Terasa begitu lama aku tidak menulis di ruang ini. Seperti yang sedia maklum, masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung Disember. Dan terimakasih kepada bloger yg sudi singgah di sini berkongsi kongsi pandangan.

Kesibukan oleh tugas2 menyebabkan aku tiada ruang waktu untuk update. Makin banyak kerja yang perlu diselesaikan.Dan perancangan tahun depan perlu dirangka dari sekarang. Masa silih berganti begitu juga dengan rutin harian di samping dengan tugas tugas baru yang mencabar.Baki cuti berlambak yang tak sempat nak dinikmati..

Walaupun sibuk, kita sepatutnya ambil kisah akan kejadia2 di sekitar kita ataupun di luar sana, di negara2 di seluruh dunia. Kesan2 dan kejadian2 yang berlaku semuanya adalah ketentuan dari Allah. Dan apa2 yang berlaku itu kita jadikan iktibar dan panduan untuk kita meneruskan kehidupan.

Di sini saya ingin berkongsi artikel yang patut kita fikirkan dan amati bersesuaian dengan kejadian2 yang telah, sedang atau berkemungkinan berlaku di masa depan.

Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka


Oleh: Ed

Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?



Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.

Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku SÅ«rah al-Kahf and the Modern Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.

Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6


Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.



Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 4

Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.

“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13

Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 5

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates


Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.


Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter

Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.

Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.


Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan.Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.

Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 7

Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:

“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.

Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.

Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?

Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.

Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.

Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275


99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Agama? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Berhala? Pokok Nangka? Semut? Lebah? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi berkuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah.

“..Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..” (18:29)

“..sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian daripadanya..” (4:85)

“..Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya..” (18:26)

“..Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi (termasuk Malaysia), dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya..” (25:2)

“Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan” (55:07)

“Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan” (42:17)

“dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan” (57:25)

“Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)” (40:12)

“Allah menerangkan, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (3:18)

Bertanyalah: “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” (13:16)

“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi“. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..” (4:97)

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka” (14:30)

Rakyat yang mengundi turut melakukan syirik. Ini kerana merakalah pihak yang merealisasikan kuasa yang membatalkan kuasa Allah. Mereka yang menjadi kakitangan kerajaan dan ahli politik mengamalkan syirik kerana bersumpah (semasa perlantikan) dan melaksanakan undang-undang sekular yang membatalkan kuasa Allah. Keseluruhan ini ditegaskan dengan ketiadaan pemakaian darurah bagi amalan syirik dan ayat yang jelas di dalam Al-Quran. (Rujukan lain: Secularism and its implications, Siapa Ulama Sejati?, Can Muslims Vote in Elections of the Modern Secular State?).

Keterangan Surah Al-Baqarah dan amalan syirik di atas sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.

Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.

Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)

Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97

Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36

Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?

Jerusalem in the Quran

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita


Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:

1 hari = Setahun = British = Pound

1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar

1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)

37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.

Sea of Galilea

Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah bagi ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal).

A lengthy hadith narrated by Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, and ad-Dhiyaa’, attributed to Abu Umamah, reports that the Prophet of Allah, sallallahu `alaihi wa sallam, said, “There will be three hard years before the Dajjal (appears). During them, people will be stricken by a great famine. In the first year, Allah will command the sky to withhold a third of its rain, and the earth to withhold a third a third of its produce. In the second year, Allah will command the sky to withhold two thirds of its rain, and the earth to withhold two thirds of its produce. In the third year, Allah will command the sky to withhold all of its rain, and it will not rain a single drop of rain. He will command the earth to withhold all of its produce, and no plant will grow. All hoofed animals will perish, except that which Allah wills.” He (sallallahu `alaihi wa sallam) was asked, ‘What sustains people during that time?’ He said, “Tahlil, takbir and tahmid (Saying, la ilaha ill Allah, Allahu Akbar and al-hamdulillah). This will sustain them just as food does.” [Sahih Al-Jami` as-Saghir, no. 7875]


Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).


Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj masih belum keluar, maka apakah penjelasan mereka air Sea of Galilea yang sepatutnya digunakan Ya’juj & Ma’juj telah menjadi kering sebelum kemunculan Ya’juj & Ma’juj itu sendiri?

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dsbnya.


Huh? What does it mean to maintain "humanity" under 500 million?
Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.


Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5


Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:

1 hari = Setahun = 1,000 tahun

1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun

1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan

= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.


Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Penutup

Bantu sebarkan maklumat ini dan kasihani mereka dan keluarga yang mungkin mencari hidayah dan hendak beriman. Sesiapa mahu beriman boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk beriman. Sesiapa sekadar beriman dengan Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar) atau Ar-Rahman (Maha Pengasih), ketahuilah Allah itu Al-Ahad, dan oleh itu pada masa sama Allah swt juga adalah Al-Jabbar (Maha Memaksa), Al-Mudzillu (Maha Menghinakan), Al-Hakam (Maha Menghukum), Al-Adlu (Maha Adil), Al-Hasib (Maha Menghitung), dan Al-Muntaqim (Maha Menyeksa). Maka keluarlah daripada angan-angan tanpa amal sebenar (pengabdian) dan fikirkanlah situasi sebenar di akhirat apabila 99 sifat Allah swt dari asmaNya adalah satu. Allah swt itu Al-Ahad dan tiada yang menyamaiNya, itulah Allah swt sebenar-benarnya.

Perbincangan sekadar bacaan kepada mereka ingin membuka minda, berkongsi dan mencari kebenaran. Tiada niat menghalang “kemajuan dan permodenan” kerana kesuntukan masa yang ada untuk persediaan peringkat akhir Gog & Magog World Order. Oleh itu masa yang ada lebih berfaedah digunakan menyelamatkan keimanan sendiri dari memikirkan menjawab alasan tidak pernah habis daripada yang tidak berminat untuk beriman.

Selainnya dan kepada mereka yang bersungguh hendak beriman, ini panggilan terakhir membuat perubahan dan mereka mempunyai masa lebih kurang 1-25 tahun untuk bersungguh-sungguh bertaubat dari kesemua riba, amalan syirik sistem negara sekular, dan segala kemaksiatan. Masa yang ada untuk melatih dan betul-betul memperteguhkan keimanan bagi menghadapi zaman Dajjal. Mereka berusaha membentuk komuniti untuk berhijrah membina perkampungan yang membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam yang bebas daripada dosa-dosa besar. Mereka mengambil pelajaran dari Surah Al-Kahfi dan bergerak kepada perjuangan yang sama dari cerita Ashaab’ul-Kahfi.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

.

“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam:70

“…Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu…”; Al-Quran: al-Maaidah:25

“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

Petikan dari: http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/

Maka fikir2kan dan fahami untuk perjalanan hidup kita yang semakin ke penghujung.

sa

Wednesday 26 October 2011

perjalanan hidup10

Assalamualaikum,
Masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar dh nak habis tahun 2011. lebihkurang seminggu lagi akan menyambut hari raya Aidiladha. Adakan anda semua berkorban? Jika ada kesanggupan, berkorbanlah. Ianya akan memberi satu makna kepada kita jika ianya dilakukan. Untuk kebersihan diri dan harta serta amalan kita. Pengertian nya lebih lagi jika kita menghayati sejarah korban itu sendiri.

So, selamat menyambut hari raya korban. Maaf jika ada kesilapan yang sengaja atau tidak, yang pernah dilakukan oleh saya selama menulis di ruang ini.

s.a

Sunday 4 September 2011

perjalanan hidup9

Agak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menamatkan puasa dan menyambut kejayaan bulan tersebut dengan riang dan gembira.

Walaubagaimanapun kita berdoa agar kita dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun hadapan untuk kita menambahkan laagi amal ibadat kita. Dan antara bulan tersebut, marilah kita terus mengamalkan yang terbaik semoga kita semua di rahmati oleh Allah s.w.t.

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN'

s.a

Sunday 21 August 2011

perjalanan hidup8

Salam, telah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Malam 10 terakhir sangat2 dinantikan kerana terdapat satu malam yang penuh keberkatan dan kelebihan iaitu malam lailatulqadar.
Marilah kita baca dan hayati petikan di bawah agar kita sama2 merebut peluang keemasan ini.


LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

petikan dari: http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

Selamat beribadat dan mendapat keberkatan.

s.a

Saturday 6 August 2011

perjalanan hidup7

Alhamdulillah telah 6 hari kita berpuasa. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNYA kita dapat menjenguk bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan dan dapat menunaikan ibadat puasa dan berterawih serta yang lain2 yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan masyarakat.

Saya ingin memetik dari artikel ini tentang kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama2 renungkan:-

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,Muslim, Tarmizi, Abu Daud,Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Petikan dari:- http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf

Semoga mendapat ilmu dari apa yang diterangkan di atas.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan soleh untuk kesejahteraan dunia dan kenikmatan di akhirat. Ameen.

s.a

Friday 8 July 2011

perjalanan hidup6

Aku terjaga dari tidur. Jarum jam menunjukkan pukul 2.03 minit pagi. Menandakan umurku telah setahun bertambah. Bahang panas terasa sedangkan kipas angin tak henti henti menghembuskan angin sejuk...

Sekarang aku rasa gembira dan tak lagi risau. Alhamdulillah aku rasa sihat dari sebelum nya. Kali ini aku telah merancang perjalanan hidupku dengan lebih teratur.

Wawasan 2020 aku hayati kembali. Jika umur mengizinkan aku ingin mencapai kejayaan yang lebih lagi.Segala persiapan sedang dan telah aku ambil. Aku ingin lupakan semua mimpi2 sedih dan gembira yang telah aku hadapi di masa lalu.

Kita mesti akur akan semua hal yang telah berlaku pada kita. Baik gembira ataupun sedih. Ayuh semua kita teruskan perjuangan hidup kita dengan kesabaran dan tingkatkan ketabahan hati agar kejayaan yang ingin kita miliki tercapai.

Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Tingkatkan keimanan di hati dan perkukuhkan amalan untuk menuju hari kemudian. Maaf jika selama ini aku ada tersilap kata dan perbuatan. Maaf dengan seikhlas hati...

s.a

Saturday 18 June 2011

perjalanan hidup5

Di luar jendela kelihatan embun jantan memenuhi ruang udara. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam. Kelihatan kesamaran lampu2 jalan yang sunyi dan sepi. Terlintas di hati ingin duduk di pangkal tiang tersebut sambil berselimut putih. Apa akan jadi jika ada yang pulang lewat dan melihat aku duduk di situ. Pasti lintang pukang larinya atau aku yang lintang pukang lari, jika di sapa oleh makhluk yang sebenarnya...he he he..

Aku masih ingat pada umi. Yang akan sentiasa bertapak di hati. Terlalu banyak nostalgia bersama dengan dia. Terlalu banyak dosa dosa aku pada dia. Ingin sekali aku berada bersama dia di saat ini dan memohon ampun dan maaf atas segalanya. Sekatrang, ketika ini aku tertanya tanya di manakah dia. Bagaimana keadaan dia sekarang. Sihatkah?

Aku benar benar merindui dia. Aku benar benar kehilangan dia. Aku benar benar telah berdosa dengan dia. Apa yang aku harus lakukan. Semua perjalanan hidup aku terasa lemah longlai. Tiada lagi ketawa manja dari dia. Tiada lagi senyum simpul dari dia.Tiada lagi rengekan manja dari dia. Di mana dia? Aku ditinggalkan begitu saja. Tanpa amaran dan bisikan. Tanpa teguran dan sapaan. Aku benar benar telah kehilangan dia...

Aku masih menyintaimu hingga akhir hayatku. Semoga umi berbahagia dan berjaya dalam kehidupan yang makin mencabar ini di samping dia yang dicintai...

Ketahuilah bahawa aku tetap menyanyangi mu hingga ke akhir hayat...Maafkan segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki...maafkan...

Tuesday 14 June 2011

perjalanan hidup4

Larut malam dh menjengah dinahari. Di luar sunyi sepi. Samar samar dengan cahaya lampu jalan. Mata tak nak tidur tapi badan rasa letih. Payah nak melelapkan mata. Sindrom penyakit zaman sekarang. Tapi bila dah lelap payah pula nak bangun subuh. Kena set jam untuk tolong kejutkan waktu subuh. Kegunaan jam di 'handphone' selain untuk urusan harian.

Urusan kerja tak pernah habis. Perancangan untuk bulan depan dah ada. Bila disemak, cuti tahunan masih banyak. Tak sempat nak digunakan. Kalau guna pun menyelit antara hari yang dah sedia cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Kelekaan kerja membuatkan tak sedar usia makin dekat dengan penghujung. Seminggu rasa macam sehari bila tiba hari Jumaat. Rasa baru lagi awal tahun yang dah berlalu hampir lima bulan lebih. Itulah realiti dunia sekarang. Terasa begitu pantas putaran alam ini. Mungkin fasa terakhir dunia sedang ditempuhi...

Kadang kadang terfikir akan kehidupan silam yang telah ditempuhi. Masa gembira, sedih, riang, seronok dan sunyi. Teringat pada teman sahabat keluarga yang ditinggal pergi. Detik detik yang kita tak dapat lalui kembali.Hanya menjadi memori dikala keseorangan...

Walauapapun, perjalanan hidup perlu diteruskan. Watak dan aksi akan terus dipentaskan di layar impian. Pandai atau tidak sahaja yang membawa kita kepada kejayaan sesuatu lakonan tersebut, dan watak2 baru akan muncul dengan pelakun2 yang baru hingga tamat sebuah riwayat yang akan silih berganti hingga akhir nanti..


s.a

Sunday 22 May 2011

perjalanan hidup3

Aduss, letihnya lah. Sebab itu cuti sehari. Bila aku merayau rayau ke blog seseorang yang aku sentiasa ingat, terdengar lagu oleh Fauziah Latiff yang begitu menusuk kalbu. Sampai tak sedar airmataku terlerai...

Tak tertahan rasanya, tapi apakan daya aku hanya insan biasa. Demi untuk kebahagian dia aku mengundur diri. memang betul kata2 dari liriknya, Hanya tuhan yang tahu....

Tapi percayalah, cintaku sentiasa di sanubari ini, takkan pudar sampai aku menutup mata...

Jiwangnya aku ini. Tapi aku tak dapat nak tipu diri aku sendiri. Baru baru ini aku timbang berat badanku. Terkejut juga, susut begitu banyak. Tapi apakan daya ianya telah memakan diri aku. Ubat telah aku makan. Segala ikhtiar aku telah buat, so bertawakkal ajelah...

Apa Sebenarnya..
(by Fauziah Latiff)

Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu

*Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu

Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....

Ulang *




s.a

Saturday 14 May 2011

Perjalanan Hidup2

Percaya tak anda pada mimpi? Orang kata mimpi hanya permainan tidur. Ada yang kata mimpi memang menjadi kenyataan. Ada buku yang memberi taksiran mimpi. Percaya atau tidak, terpulang..

Pagi ini aku terbangun awal. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku dikejutkan oleh mimpi. Mimpi berjumpa dengan orang yang telah tiada. Yang telah pergi ke hadrat Illahi. Kerinduan terubat jua..

Juga mimpi berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan sekeping hati di dalam hati ini. Mimpi yang menyeronokkan. Tapi apabila tersedar tiada lagi keseronokan tersebut. Yang tinggal hanya kesedihan...

Itulah salah satu asam garam kehidupan. Mimpi yang menggamit seribu nostalgia dalam kehidupan. Jika kita amat rindu pada seseorang, kemungkinan bermimpi akan dia adalah cerah. Kadang kadang ianya membuatkan rindu kita terubat.

Apa apa pun mimpi itu berkisar, ianya adalah pelengkap kepada tidur. Tanpa mimpi, tidur boleh jadi nyenyak atau kosong tanpa penghibur...

s.a

Monday 9 May 2011

perjalanan hidup1..

Bahang panas terasa begitu hangat sekali. Malam begini sepatutnya sejuk dengan udara yang bertiup nyaman tapi bertukar menjadi panas...Apatah lagi di siang hari, matahari memancarkan cahaya dan mengeluarkan haba yang agak tinggi..Keluhan demi keluhan dari makhluk yang berada di bumi begitu ketara sekali.

Aku tidak lepas dari merasakan bahang panas yang semakin hari semakin meningkat. di siang hari, di tempat kerja bolehlah bertahan kerana bilik yang ada penghawa dingin. rasa tak nak keluar dari bilik tersebut. Apabila balik ke rumah, mulalah haba yang tersimpan di siang hari, beransur ansur meresap keluar membuatkan bahangnya terasa...kipas bukan satu tapi dua...tak henti henti berputar memberi khidmat kepada tuannya.

Kerja makin hari makin banyak. Tidak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Cita cita telah tercapai tapi ada lagi kekurangan dalam diri ini, iaitu penghayatan untuk mengabadikan diri pada Illahi sementara nafas masih dihela setiap saat..setiap minit..setiap jam..dan setiap hari..

Perasaan takut menghantui diri ketika mengenangkan peristiwa yang lalu..Tapi sementara waktu masih ada, peluang masih ujud, kederat masih gagah, aku bertekad untuk menimba sebanyak mungkin ilmu akhirat untuk menjadi bekalan ketika ajal menjemput yang kita tidak tahu waktu nya..

Peristiwa demi peristiwa berlaku saban hari dan memang jelas nyata bahawa, masa semakin hampir untuk bertemu Illahi, yang memang manusia takut untuk memikirkannya. Sementara kita berusaha untuk kehidupan duniawi, sepatutnya kita sulami dengan menuntuk dan mengamalkan keperluan rohani agar hidup kita akan tenang sementara menghabiskan sisa2 hidup ini.

Janganlah kita mengikut sangat akan telatah orang yang tidak mengtauhidkan Allah dan agama Islam kerana memang kerja mereka untuk mengkhayalkan dan melekakan kita. Hiburan memang perlu tapi hadkan dengan batas2 tertentu..

Firman Allah yang bermaksud..
'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...'

s.a

Friday 6 May 2011

Perjalanan hidup..

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ingatan pada kandungan buku yang aku baca tadi masih menebal di sanubari. Ingin aku berkongsi ilmu yang ada di dalam nya. Ianya adalah berkisar kepada perjalanan hidup kita yang semakin hari semakin hampir dengan penghujungnya. Jika tidak kehancuran yang besar dan berakhir sebuah kehidupan dunia, kehancuran kecil iaitu mati itu sendiri.

Buku tersebut bertajuk MALAPETAKA bakal Menimpa MENJELANG KIAMAT oleh Ibnu Kathir, cetakan kedua 2004. Di dalamnya banyak diceritakan tanda tanda kecil dan besar semenjak kewafatan nabi kita s.a.w hingga ke hari ini dan seterusnya ke suatu hari yang kita semua tidak tahu dengan tepat, tetapi tanda2 yang disebutkan sedang berlaku dan kita wajib mengambil langkah berjaga jaga supaya kita tidak terjerumus ke jalan yang sesat.

Ini membuatkan aku teringat akan kesalahan aku dan dosa2 yang pernah aku buat. Begitu menakutkan jika kita amati akan tanda tanda tersebut yang jelas nyata berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. antaranya ialah gerhana matahari, kejatuhan Iraq, fitnah yang berleluasa dan banyak lagi yang mungkin secara tidak disedari telah berlaku.

Sebagai umat Islam yang beriman, perlulah kita berwaspada sentiasa dan menguatkan lagi iman kita untuk menghadapi situasi yang tidak kita jangkakan di masa akan datang. Paling tidak, kiamat yang berlaku ke atas diri kita sendiri iaitu mati. Telah banyakkah bekalan untuk kita bawa ke sana? cukupkah amalan kita? dan banyak lagi yang kita perlu sediakan dan amalkan.

"Akan tiba suatu masa nanti di mana manusia akan tidur dan apabila jaga untuk menanti fajar, masih lagi berkeadaan malam, dan mereka tidur lagi sehingga matahari terbit dari barat, di waktu itu tiada lagi taubat yang akan di terima.."-salah satu petikan dari buku tersebut.

s.a

Friday 22 April 2011

Just to share..

Waiting For The End
(Linkin Park)

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,


I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear
(Holding on to what i haven't got!)


[ From: http://www.metrolyrics.com/waiting-for-the-end-lyrics-linkin-park.html ]

Sunday 17 April 2011

Ruang waktu...

Jam melewati pukul 1 pagi. Dua hari berlalu bagaikan sesaat. Fikiranku kosong. Semua yang dilakukan serba tak kena. Jiwaku sunyi. Sepi. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi senyum manis. Tiada lagi sendu tangis.Adakah ini tanda tanda kesepian?

Aku menghirup 'green tea' yang menjadi kesukaanku sejak pulang ke tanahair. Aku mesti minum dan ia membuatkan aku lena dengan mimpi mimpi kosong.Aku seakan begitu sibuk dengan tugasan yang memenuhi ruang waktu hidupku.Minggu depan sibuk dengan pembentangan projek sarjana dan sarjana muda. Aku terlibat.Minggu berikutnya aku ke KL. Seminggu juga. Lepas itu sibuk dengan peperiksaan. Kemudian terlibat dengan seminar. Macam robot.

Lepas itu pelajar cuti hampir tiga bulan lebih. Aku macamana? Dah semestinya banyak lagi tugas2 menunggu: kursus, seminar, projek, perundingan, penyediaan modul, penulisan dll yang cukup sinonim dengan dunia pengajaran dan pembelajaran.

Jika diamati, masa berjalan kehadapan dengan pantas. Begitu juga nyawa, semakin hampir dengan ajal. Itulah yang paling aku takuti. Telah banyak dosa dan perbuatan tak baik yang telah aku lakukan. Sedar atau tak sedar.

Aku ingin sekali mendekatkan diri dengan illahi, agar segala salah dan silapku dapat diampuni..terutama dengan orang yang telah aku sakiti....dengan kedua ibubapaku, aku terlewat...yang ada dengan keluarga dan sahabat handai...dengan teman istimewa...maafkan aku, yang tidak berdaya lagi ini...ampunkan aku..dari hujung rambut sampai hujung kaki....bukan niat untuk aku menyakiti..tapi aku hanyalah insan yang lemah, yang tidak mampu untuk memenuhi segala janjiku...

maaf...

s.a

Wednesday 13 April 2011

Suatu waktu dahulu...

Malam ini terasa begitu sunyi dan sepi..tidak kedengaran suara cengkerik yang gemersik mengalunkan lagu rindu buat sang kekasih, yang kedengaran hanyalah lolongan sang anjing yang sayup sayup kedengaran seolah olah meratapi sesuatu...Begitu sayu lagaknya...Aku hanya melayan diriku dengan mencari lagu lagu yang mengimbau kenangan lalu...sambil menyiapkan tugasan kerja yang tak pernah ada noktahnya.....

Aku suka melayan lagu lagu penyanyi dari seberang di samping penyanyi2 popular tempatan...Banyak lagu2 yang merdu yang banyak kenangan silam disebalik lagu tersebut..Kadang kadang di masa lalu kita tidak mengerti akan lagu tersebut dan apabila dewasa, tak kala terdengar lagu tersebut seolah olah ada kenanga yang samar samar antara ingat dan lupa...begitulah lumrah manusia...

'Ketika ini..suatu waktu dahulu..ku ke sini denganmu....' nyanyian Dwen begitu menusuk kalbu..ingatan2 di masa lalu membuatkan aku terhenti sejenak dari kerjaku....Nyanyian2 Dwen begitu menusuk kalbu...antara ingat dan lupa ketika zaman persekolahan dahulu....

emmm...begitu bnyak lagu2 yang merdu dan mengasyikkan..sampai boleh jadi lalai...tapi aku masih ingat akan tujuan hidup sebenar....perjalanan aku masih jauh jika umur mengizinkan, jika kudrat masih lagi ada...sambil mendengar, aku menyiapkan kerjaku dan rutin ini akan berterusan sampai akhir satu nokhtah...

kehidupan perlu diteruskan dengan niat yang suci, dengan matlamat yang jelas...tidak salah jika kita berundur diri, jika kita tahu itu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain....

ok, mata dah ngantuk....sampai di sini dulu coretan ku..entah bila pula aku akan mencoretkan pengalamanku di sini, blog yang tak pernah mengenal erti kegagalan, erti sebuah percintaan dan erti sebuah persahabatan.....yang ada hanyalah sebuah penantian....full stop.

s.a

Tuesday 12 April 2011

Kenapa aku mengkhianati cinta itu?

kepada gadis secantik mu yang mempunyai ketulusan hati...

adalah...

kerana aku tak bisa lagi dicintai...
kerana aku tak mau lagi menyakiti...
kerana aku tak berdaya untuk mencintai...
kerana aku tak mau lagi mendustai...
kerana aku tak mau kau menderita...

dan

kerana aku telah menginsafi...
erti kehidupan abadi.

s.a

Monday 11 April 2011

Sepi..

Inilah perasaan yang kualami kini, ketika cinta tidak bertasbih lagi...
sepi teramat sepi...

Sepi
oleh: Yuni Shara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


:(

Friday 8 April 2011

Coretan buat kekasih..

Sayang....

Izinkan abang mencoretkan seribu kedukaan pabila tidak lagi bersama dengan sayang...hampa. kecewa, resah, gelisah yang teramat mencengkam diri ini...teringat detik2 pertemuan yang tak disangka dan ianya tidak bertepuk sebelah tangan...terasa teramat bahagia, wpun hanya bertemankan fb dan juga ym, tapi terasa bagaikan berada bersebelahan sahaja..

Terimakasih atas cinta yang diberi, cinta yang sejati, cinta yang tiada belah bahagi nya...dek kerana itulah hati abang terasa bersalah yang amat sangat kerana abang terasa bagaikan berpura pura, bersandiwara semata...tapi jauh dilubuk hati abang sebenarnya cinta yang lahir itu adalah cinta yang tulen, cinta yang sejati, cinta yang lahir dari hati dua insan yang sama sama merasai kenikmatannya....

Tapi demi untuk kebahagian sayang di masa depan, abang merelakan diri abang merasai sekali lagi keperitan kekecewaan yang sininim dengan jiwa abang...abang inginkan sayang bahagia dngan jejaka pilihan hati sayang di masa depan yang tentunya hebat seperti sayang...

Percayalah, sayang adalah yang terakhir dalam hati ini, tiada penggantinya, tiada tolok bandingnya, dan pernah abang katakan pada sayang..biarlah abang sorang yang merasai dan menanggung beban kekecewaan ini...abang mahukan sayang sentiasa gembira walaupun abang tau...sayang juga merasai kekecewaannya...

Doa abang agar sayang berjaya dalam kehidupan di masa akan datang, dan sentiasa ingat dan patuhi ajaran ibubapa dan agama...dan ingati abang yang pernah singgah di hati sayang......abang pergi bukan kerana sayang tak sempurna tapi kerana abang tak ingin sayang kecewa nanti...

maafkan abang....

s.a

Thursday 31 March 2011

Salam...

Adusss...lepas balik beberapa bulan bnyak yang tak ingat...lupa, juga badan2 rasa sakit...mungkin lama duduk dalam 'peti ais' maka seluruh badan rasa tak selesa...(nie baru ingat mcmne nak tukar password blog lantas dapatlah buka semula...)
Sekarang rasa dah ok sikit tapi masih lagi dalam rawatan....mungkin ada yang mengatakan aku dah berubah tapi hakikatnya belum lagi..cuma menghadapi kesukaran untuk menahan kesakitan yang kadang2 tak larat nak tahan....lalu penawarnya adalah tidur...zzzZZZZ...
Kerja juga banyak yang perlu dibereskan, lalu sikit sangat kesempatan untuk berfb...lalu teringat zaman belajar, bebas dan senang untuk manage masa...bila dah kerja, masa seolah olah sikit sangat...miss that time...:(
Nie pun, ada masa sikit sebelum balik ke rumah...bila dah balik rumah segalanya dilupakan...yg ingat hanyalah untuk berehat...rehat...rehat...
So, maaf jika ada yang terluka, jika ada yang rindu, jika ada yang miss me so much...i still the same person as before...just need some rest until i feel fresh....daaaaa...