Showing posts with label mission and vision.... Show all posts
Showing posts with label mission and vision.... Show all posts

Friday, 8 July 2011

perjalanan hidup6

Aku terjaga dari tidur. Jarum jam menunjukkan pukul 2.03 minit pagi. Menandakan umurku telah setahun bertambah. Bahang panas terasa sedangkan kipas angin tak henti henti menghembuskan angin sejuk...

Sekarang aku rasa gembira dan tak lagi risau. Alhamdulillah aku rasa sihat dari sebelum nya. Kali ini aku telah merancang perjalanan hidupku dengan lebih teratur.

Wawasan 2020 aku hayati kembali. Jika umur mengizinkan aku ingin mencapai kejayaan yang lebih lagi.Segala persiapan sedang dan telah aku ambil. Aku ingin lupakan semua mimpi2 sedih dan gembira yang telah aku hadapi di masa lalu.

Kita mesti akur akan semua hal yang telah berlaku pada kita. Baik gembira ataupun sedih. Ayuh semua kita teruskan perjuangan hidup kita dengan kesabaran dan tingkatkan ketabahan hati agar kejayaan yang ingin kita miliki tercapai.

Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Tingkatkan keimanan di hati dan perkukuhkan amalan untuk menuju hari kemudian. Maaf jika selama ini aku ada tersilap kata dan perbuatan. Maaf dengan seikhlas hati...

s.a

Wednesday, 30 December 2009

Tahun baru, Azam baru


Salam,
Kita telah pun memasuki tahun baru hijrah 1431 dan dua hari lagi kita akan masuk pula ke tahun masihi 2010. Dengan pertambahan tahun yang sentiasa silih berganti, sedar atau tidak umur kita pun makin meningkat.Marilah kita memuhasabahkan diri kita tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita hingga kini.

Memang kehidupan ini tidak lari dari menghadapi pelbagai masalah. Dan sejauh mana kita dapat mengatasi masalah tersebut, ianya bergantung kepada cara perlaksanaan kita di dalam menyelesaikannya. Maka sempena dengan tahun baru ini, kuatkanlah azam untuk terus berjaya di dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Jadikanlah peristiwa yang telah berlaku sebagai landasan dan panduan untuk kita memperbaiki diri kita agar mendapat dan mencapai objektif yang lebih baik lagi.

Lupakanlah segala keperitan hidup dan jadikan sempadan untuk kita lebih berjaya, dan jika kita telah mendapat banyak nikmat dari illahi, bersyukurlah dan jangan lupa kepada nasib insan insan yang tidak sebaik nasib kita. Sentiasalah bersyukur akan apa yang kita ada dan selalulah memberi pertolongan kepada yang memerlukannya, dengan niat yang ikhlas.

Matlamat hidup kita bukan semata-mata untuk kebahagian di dunia sahaja, tetapi jangan lupa akan negeri yang kekal abadi. Di sanalah nanti kita akan hidup selama lamanya. Maka bekalan untuk rohani perlu kita dalami di samping ilmu duniawi agar perjalanan hidup kita seimbang dan berbahagia di kedua alam tersebut.

Akhirnya untuk tahun ini, dan azam yang baru untuk tahun yang baru, marilah kita bersama sama memajukan lagi diri dan bangsa kita agar kita dapat mencapai matlamat kita yang dilahirkan sebagai insan di dunia ini di samping berjaya di akhirat.

sekian