Sunday 22 May 2011

perjalanan hidup3

Aduss, letihnya lah. Sebab itu cuti sehari. Bila aku merayau rayau ke blog seseorang yang aku sentiasa ingat, terdengar lagu oleh Fauziah Latiff yang begitu menusuk kalbu. Sampai tak sedar airmataku terlerai...

Tak tertahan rasanya, tapi apakan daya aku hanya insan biasa. Demi untuk kebahagian dia aku mengundur diri. memang betul kata2 dari liriknya, Hanya tuhan yang tahu....

Tapi percayalah, cintaku sentiasa di sanubari ini, takkan pudar sampai aku menutup mata...

Jiwangnya aku ini. Tapi aku tak dapat nak tipu diri aku sendiri. Baru baru ini aku timbang berat badanku. Terkejut juga, susut begitu banyak. Tapi apakan daya ianya telah memakan diri aku. Ubat telah aku makan. Segala ikhtiar aku telah buat, so bertawakkal ajelah...

Apa Sebenarnya..
(by Fauziah Latiff)

Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu

*Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu

Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....

Ulang *




s.a

Saturday 14 May 2011

Perjalanan Hidup2

Percaya tak anda pada mimpi? Orang kata mimpi hanya permainan tidur. Ada yang kata mimpi memang menjadi kenyataan. Ada buku yang memberi taksiran mimpi. Percaya atau tidak, terpulang..

Pagi ini aku terbangun awal. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku dikejutkan oleh mimpi. Mimpi berjumpa dengan orang yang telah tiada. Yang telah pergi ke hadrat Illahi. Kerinduan terubat jua..

Juga mimpi berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan sekeping hati di dalam hati ini. Mimpi yang menyeronokkan. Tapi apabila tersedar tiada lagi keseronokan tersebut. Yang tinggal hanya kesedihan...

Itulah salah satu asam garam kehidupan. Mimpi yang menggamit seribu nostalgia dalam kehidupan. Jika kita amat rindu pada seseorang, kemungkinan bermimpi akan dia adalah cerah. Kadang kadang ianya membuatkan rindu kita terubat.

Apa apa pun mimpi itu berkisar, ianya adalah pelengkap kepada tidur. Tanpa mimpi, tidur boleh jadi nyenyak atau kosong tanpa penghibur...

s.a

Monday 9 May 2011

perjalanan hidup1..

Bahang panas terasa begitu hangat sekali. Malam begini sepatutnya sejuk dengan udara yang bertiup nyaman tapi bertukar menjadi panas...Apatah lagi di siang hari, matahari memancarkan cahaya dan mengeluarkan haba yang agak tinggi..Keluhan demi keluhan dari makhluk yang berada di bumi begitu ketara sekali.

Aku tidak lepas dari merasakan bahang panas yang semakin hari semakin meningkat. di siang hari, di tempat kerja bolehlah bertahan kerana bilik yang ada penghawa dingin. rasa tak nak keluar dari bilik tersebut. Apabila balik ke rumah, mulalah haba yang tersimpan di siang hari, beransur ansur meresap keluar membuatkan bahangnya terasa...kipas bukan satu tapi dua...tak henti henti berputar memberi khidmat kepada tuannya.

Kerja makin hari makin banyak. Tidak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Cita cita telah tercapai tapi ada lagi kekurangan dalam diri ini, iaitu penghayatan untuk mengabadikan diri pada Illahi sementara nafas masih dihela setiap saat..setiap minit..setiap jam..dan setiap hari..

Perasaan takut menghantui diri ketika mengenangkan peristiwa yang lalu..Tapi sementara waktu masih ada, peluang masih ujud, kederat masih gagah, aku bertekad untuk menimba sebanyak mungkin ilmu akhirat untuk menjadi bekalan ketika ajal menjemput yang kita tidak tahu waktu nya..

Peristiwa demi peristiwa berlaku saban hari dan memang jelas nyata bahawa, masa semakin hampir untuk bertemu Illahi, yang memang manusia takut untuk memikirkannya. Sementara kita berusaha untuk kehidupan duniawi, sepatutnya kita sulami dengan menuntuk dan mengamalkan keperluan rohani agar hidup kita akan tenang sementara menghabiskan sisa2 hidup ini.

Janganlah kita mengikut sangat akan telatah orang yang tidak mengtauhidkan Allah dan agama Islam kerana memang kerja mereka untuk mengkhayalkan dan melekakan kita. Hiburan memang perlu tapi hadkan dengan batas2 tertentu..

Firman Allah yang bermaksud..
'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...'

s.a

Friday 6 May 2011

Perjalanan hidup..

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ingatan pada kandungan buku yang aku baca tadi masih menebal di sanubari. Ingin aku berkongsi ilmu yang ada di dalam nya. Ianya adalah berkisar kepada perjalanan hidup kita yang semakin hari semakin hampir dengan penghujungnya. Jika tidak kehancuran yang besar dan berakhir sebuah kehidupan dunia, kehancuran kecil iaitu mati itu sendiri.

Buku tersebut bertajuk MALAPETAKA bakal Menimpa MENJELANG KIAMAT oleh Ibnu Kathir, cetakan kedua 2004. Di dalamnya banyak diceritakan tanda tanda kecil dan besar semenjak kewafatan nabi kita s.a.w hingga ke hari ini dan seterusnya ke suatu hari yang kita semua tidak tahu dengan tepat, tetapi tanda2 yang disebutkan sedang berlaku dan kita wajib mengambil langkah berjaga jaga supaya kita tidak terjerumus ke jalan yang sesat.

Ini membuatkan aku teringat akan kesalahan aku dan dosa2 yang pernah aku buat. Begitu menakutkan jika kita amati akan tanda tanda tersebut yang jelas nyata berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. antaranya ialah gerhana matahari, kejatuhan Iraq, fitnah yang berleluasa dan banyak lagi yang mungkin secara tidak disedari telah berlaku.

Sebagai umat Islam yang beriman, perlulah kita berwaspada sentiasa dan menguatkan lagi iman kita untuk menghadapi situasi yang tidak kita jangkakan di masa akan datang. Paling tidak, kiamat yang berlaku ke atas diri kita sendiri iaitu mati. Telah banyakkah bekalan untuk kita bawa ke sana? cukupkah amalan kita? dan banyak lagi yang kita perlu sediakan dan amalkan.

"Akan tiba suatu masa nanti di mana manusia akan tidur dan apabila jaga untuk menanti fajar, masih lagi berkeadaan malam, dan mereka tidur lagi sehingga matahari terbit dari barat, di waktu itu tiada lagi taubat yang akan di terima.."-salah satu petikan dari buku tersebut.

s.a