Wednesday 27 October 2010

Selamat tinggal..

Salam,
Best nyer laa..terasa dh tak sabar nak balik...lama dah meninggalkan tanahair tercinta. Begitu banuyak pengalaman dan pengetahuan yang didapati. Moga2 ianya akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya.

So, selamat tinggal bumi yang bnyak memberi ruang untuk aku berfikir akan kelebihan menuntut ilmu.Bukan sahaja secara formal, tapi informal. Adakah aku akan bersedia untuk kembali ke tanahair dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan kehidupan di sana yng telah lama ku tinggalkan?

Walauapapun, hidup perlu diteruskan dan perancangan perlu untuk berjaya di dalam menempuh suatu masa yang dinamakan kehidupan..kehidupan yang menuju kpd kehidupan yang abadi...

Untuk mereka yang masih berjuang, teruskan lah perjuangan anda tak kira di mana anda berada..moga2 kita akan mendapat dan mencapai segala impian yang di hajati, dunia dan akhirat..

Maaf jika ada terkasar bahasa..

Sunday 17 October 2010

Semangat yang hilang.......

Pagi tadi, aku balik ke rumah awal dari biasa. Aku merasakan amat bosan, sunyi dan pilu. Sebelum tu, aku membuka satu blog yang begitu menghiburkan sesuai dgn tajuk nya iaitu...suaraku berharap..
Lagu2 nya begitu menyentuh hati ku..terutama musik yg berkumandang yg dibawa oleh Maher ZAin.

Tapi satu lagu tu, yg dimainkan oleh Kitaro membuatkan hatiku terusik. Sedar tak sedar, airmataku berlinangan...
Mungkin aku teringat segala kisah2 duka yng aku lalui sebelum ini...

Terlalu sedih jika kita kehilangan orang yang kita sayang. Tambahan jika kita tidak dapat bersama di saat dan detik terjadinya kehlangan tersebut...
Ah aku pun tak tahu apa yang aku rasai sekarang. Kepulangan ke tempat asal adalah sesuatu yang paling mengembirakan tapi kepiluan terasa apbila kedua ayah bonda tiada untuk menungu kepulangan tersebut....

Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menghadapi semua itu....

Al-FAtihah untuk arwah yang telah kembali ke RAhmatullah...

Sunday 3 October 2010

Kejayaan yang diimpikan...

Urghhhhhh...lenguhnya pinggangku. Mataku pedih. Sekali sekala tiitsan airmat keluar takkala aku menguap panjang...Beginilh rutin kehidupanku yang semakin hampir kepenghujung pencarianku. Begitu payah sekali aku nak menghabiskan setip bab yang aku tulis. SV ku dh pun menyemak draf pertama. Aku sedang menyiapkan segala komen2 yng ditulis olehnya. Jam begitu laju berputar. SedAR2 DAH PUN 4/10/10. Ahhh...begitu laju masa berlalu. Aku kepenatan yang bersangatan...

Rasa tak sabar nak balik pun ada. Maklumlah..dah lama merantau. Dan ada seseorang yang aku ingn sgt berjumpa...ehem2...

Mata dah berair..nak lelapkan mata sekejap...

o..out...ttyl

sa

Wednesday 14 April 2010

ShaM... (bhgian kedua)


'Wahh...sedap juga masakan kat restoran nie ya Sha', kata Sham setelah kedua duanya selesai menikmati makanan di situ....'Emmm...boleh tahan la..lagipun kan kita sedang lapar, ya tak?'...kata sha sambil tergelak kecil.Aku mengiakan sahaja sambil matanya melihat jam di tangan.Hampir pukul 1 petang. Masih ada masa untuk kami berborak borak sementara menanti ketibaan Putra LRT untuk ke destinasi masing masing.

'Sebenarnya, Sha dari mana? dan hendak ke rumah siapa di Gombak tu?, tanya aku sambil merenung si gadis tersebut. 'Sha sebenarnya dari Perak dan nak pergi ke rumah mak saudara di Gombak'.'Dulu pernah ke sini tapi masa tu dengan ayah. So, tak berapa ingat sangat macam mana nak menuju ke Gombak tu'...jawab sha dengan nada yang manja.

'Emmm, begitu ceritanya...patutla dari mula tadi saya nampak Sha macam mengelabah saja..rupa2nya takut tak akan sampai kan...kataku dengan nada sedikit tertawa. Sha memandangku sambil menganggukkan kepalanya.'So, Sham..jom kita menunggu ke tempat yang sepatut nya sebab LRT tu dah nak tiba', ajak Sha sambil mula menarik begnya.
'Ok, jom la...nanti terlepas pulak LRT tu', kataku sambil mengiringi Sha ke tangga menuju ke platform di tingkat atas.

Aku mengelamun seketika. Putra LRT begitu laju membawa kami berdua ke destinasi yang di tuju.Sha mendiamkan dirinya sambil memerhatikan gelagat manusia yang pelbagai di dalam grabak yang sama dengan kami. Beginilah kehidupan manusia di bandar metropolitan ini. Masing masing dengan haluan masing masing. Tidak mesra sangat. Mungkin masing masing berhati hati kerana manusia di bandar metropolitan ini mempunyai berbagai watak dan karaktor.

'Nanti kita akan berpisah di stesen Taman Melawati', sapa Sha yang dari tadi membisukan diri. 'Ya', jawabku. 'So, macamana kita nak berhubung nanti', tanya Sha.
'Emmm, Sha ada nombor h/p', tanyaku.Sha mengeluarkan h/p dari beg tangannya. Setelah aku menyimpan no. h/p nya di dalam h/p aku, aku pun 'miss call' Sha.

'Ok la Sha. Nanti I akan call you malam nie',kataku setelah kami sampai di stesen Taman Melawati. Kelihatan mak saudara Sha melambai lambai dari depan stesen tersebut.
'Sham nak ke mana? Mungkin kami boleh hantarkan', kata Sha menawarkan bantuan. 'Oh, tidak mengapa. I pun menunggu abang ipar dan dia dalam perjalanan ke mari', jawab ku kepada Sha.'Ok, kalau macam tu, I pergi dulu', jawab Sha. 'Ada masa kita jumpa lagi', jawab ku sambil melambaikan tangan ke arah Sha.'Terimakasih sekali lagi ya Sham', kata Sha. 'Ala Sha, sikit je tu', jawab ku sambil memerhati Sha melangkah pergi menuju ke kereta mak saudaranya yang sedia menunggu.

Kami saling melambaikan tangan apabila kereta yang membawa Sha menuju keluar dari stesen. Tiba tiba hatiku menjadi sayu dengan perpisahan ini. Adakah aku telah terpikat dengan Sha? Ahhh!, tak mungkin. Bisik hati kecilku.

Suasana di stesen tersebut makin lengang kerana kebanyakan penumpang yang ada di situ telah pun meninggalkan stesen menuju ke destinasi masing2.

Aku melihat kereta abang iparku memasuki kawasan stesen tersebut, dan aku pun berlari lari anak untuk mendapatkan nya. Peristiwa pada hari ini telah membuatkan hatiku riang bercampur sedih kerana aku telah bertemu dan berpisah dengan seseorang yang telah menawan hati.Adakah ini petanda yang aku telah tertawan kepada seorang gadis setelah hati ku tidak lagi mahu menerima kehadiran seorang yang bernama perempuan? Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan....

Sunday 14 February 2010

ShaM..


Salam, kali ini aku menulis sebuah cerpen yang berkisar kepada kehidupan seorang lelaki yang bernama Sham...:). (Cerita ini hanya rekaan se mata mata..)

Kita sebagai manusia, memang banyak kelemahannya.Tidak menuduh sesiapa. Diri kau sendiri.Rasanya telah banyak yang aku lalui dan telah banyak yang aku buat silap. Tapi setiap kali ingin perbaiki, setiap kali itulah ada sahaja bisikan syaitan yang tidak mengizinkan aku melangkah untuk melakukan kebaikan.Manusia apakah aku ini?

Teringat semasa kecil, meningkat remaja dan menjadi dewasa, telah banyak suara suara yang mendorong kita berbuat kebaikan dan kebajikan. Tetapi semua itu telah ditenggelamkan oleh suara suara untuk mengajak ke arah keseronokan. Aku termenung sendirian.Fikiran aku berkecamuk. Aku keluar anjung rumah sewaku yang terletak di tengah tengah kota yang tidak pernah tidur. Di luar sana riuh rendah suara remaja remaja dan muda mudi kota yang seronok dan gembira.Tenggelam di dalam arus keseronokan dan kemaksiatan. Tidak kenal apa itu dosa pahala. Tidak kenal apa itu haram halal.

Masih terngiang-ngiang di dalama kepala ku, akan sapaan seorang gadis suatu sedang aku menunggu putra LRT di KL Central di ibukota."Ermm...saudara, boleh saya tumpang bertanya, di mana kaunter tiket untuk pergi ke Gombak dengan Putra LRT?" tanya gadis tersebut. Aku menjadi gagap seketika. Mataku liar tak menentu. "Wah...cunnya awek ini", bisik hati kecilku. Gadis tersebut mengenakan baju kurung warna biru lembut dengan tudung hitam yang jelas menampakkan keayuan wajahnya."Emm..saudari boleh pergi ke kaunter sebelah kiri sana", sambil tangan ku menuding jari ke arah kaunter tersebut. "Kebetulan saya pun baru sahaja membeli satu tiket ke Gombak", kataku perlahan sambil tersenyum. Di dalam hatiku, ingin sekali aku mengenal gadis ini. Akupun berjalan menuju ke kaunter tersebut diiringi oleh gadis yang baru saja menyapa aku tadi. Gadis tersebut tersenyum dan akur mengikut jejak langkahku kaunter tersebut.

"Terimakasih saudara. Sebenarnya saya baru saja sampai ke sini dan tidak tahu arah ke Gombak dengan LRT. Tadi saya ke sini dengan teksi saja. Itupun mahal bayarannya", kata gadis tersebut setelah dia mendapatkan tiket LRTnya."Saya sham, nama saudari siapa"?, tanyaku sambil aku menolong mengangkat salah satu begnya ke tepi, di tempat yang lengang sedikit." Oh! lupa pulak, panggil saja saya Sha,", jawabnya dengan lembut."Eh!, kebetulan pulak, Sham dan Sha, kataku sambil tertawa perlahan lahan."Mungkin ini suratan atau kebetulan sahaja", kata Sha yang mula menguntumkan senyuman yang sangat menawan. "Rasanya kita ada masa lagi untuk minum", pelawaku. "Mmmm, ok juga", jawab Sha sambil melihat jam di tangannya. "Boleh kita bercerita lagi tentang diri masing2 sambil membasahkan tekak dan mengisi perut", kataku yang memang sejak tadi lagi memang terasa lapar.Sha melihatku sambil tersenyum dan kami sama sama menuju ke sebuah restoran yang berhampiran.

(bersambung..)

Sunday 31 January 2010

Melangkah ke hadapan..


Salam,
Semalam dan hari ini aku meluangkan masa berjalan dan bersiar di kawasan yang aku tak pernah pergi. Telah 3 tahun lebih, barulah aku berpeluang untuk pergi ke situ. Mungkin kerana aku sibuk. Mungkin kerana aku rasakan tempat tersebut tak menarik. Atau mungkin aku rasakan tempat tersebut dekat dan tak perlu tergesa gesa untuk mengunjunginya.

Dalam perjalanan ke situ, aku mengelamun sambil memandu kereta aku yang gagah perkasa lagaknya. Aku teringat kepada lebuhraya yang tak kurang hebatnya di negara aku sendiri. Cuma bezanya di sini aku tak perlu membayar tol. Kalau di negara aku, di kiri kanan jalanraya tersebut banyak terdapat pokok2 tanaman pertanian, dan tak kurang juga hutan simpanan. Tetapi berlainan di sini, terdapat bukit dan ladang yang luas saujana mata memandang. Terdapat lembu2, kambing biri biri dan kuda kuda yang sedang khusyuk menjamah rumput rumput hijau yang enak di makan begitu sahaja.Begitu lapang rasanya fikiran yang barangkali sedang berkecamuk dengan kerja ilmiah yang belum selasai.

Aku juga teringat semasa aku memandu di beberapa buah negara di Europe yang lain. Phenomena dan lanskap nya agak serupa. Cuma di Spain, aku memandu di lingkaran banjaran nya yang curam dan melalui banyak terowong. Di Holand pula, 'highway'nya memang lurus dan kenderaan nya agak pantas meluncur di atas nya. Agak kekok juga pada mulanya kerana maklumlah, pemanduan semuanya di sebelah kiri. Apabila berada di Italy, kecanggihan keretapi lajunya memang mengkagumkan. Setiap terminal begitu ramai pengunjungnya. Masing2 berlari lari anak untuk mengejar keretapi yang akan membawa mereka ke destinasi yang hendak di tuju.

Lamunan aku terhenti seketika apabila member memberitahu ingin singgah di tempat rehat dan rawat untuk melunaskan hajat masing2. Keadaan di sini memang sama dengan keadaan di negara aku yang sedang pesat membangun. Semuanya ingin melangkah ke hadapan dengan jaya dan cemerlang. Sudah menjadi tugas kita sebagai warganegara yang merdeka dan masih muda, untuk bangun selari dengan kepesatan pembangunan negara2 luar terutama negara2 dunia pertama.

Oleh itu, tenaga2 muda yang masih belajar dan sedang menuntut ilmu, marilah kita bersama untuk membangunkan negara kita yang sedang menuju ke puncak kejayaan, dan lupakan sengketa yang sedikit sebanyak akan menjejaskan keharmonian negara yang sedang melangkah ke hadapan di persada dunia.

Ingatlah, keamanan sekarang ini yang dinikmati oleh semua golongan masyarakat, menjadi faktor utama untuk kita menuju kejayaan. Perosak keamanan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kejayaan kita ini dan seharusnyalah generasi muda sekarang sentiasa meningkatkan jati diri untuk bersama mempertahankan keharmonian sesama kaum di negara kita.

Kita perlu menjadikan persengketaan di negara2 luar sebagai iktibar kerana jika telah terjadi permusuhan sesama kita, keamanan sukar untuk dikembalikan. Bukan orang lain yang sengsara, tetapi kita juga yang menerima padahnya kerana permusuhan yang kita sendiri tidak tahu di mana punca sebenarnya.

sekian

Thursday 28 January 2010

Masa..


Salam,
Begitu pantas sekali masa berlalu. Sedar tak sedar, dah penghujung bulan Januari. Rasa baru sahaja tahun baru menjelma.Begitulah hayat kita di dunia ini. Makin hari, makin dekat dengan kematian. Penghidupan semakin jauh ditinggalkan. Tapi sebagai umat Islam, kita mesti meneruskan hidup ini dengan hati yang tenang dan sentiasa bersyukur.

Masa yang ditinggalkan memang tak akan dapat dikembalikan lagi.Oleh itu ruang dan sisa hidup yang masih ada ini eloklah dimanfaatkan dengan perkara perkara yang berfaedah dan memberi keuntungan kepada kita baik di dunia ini maupun di akhirat kelak.Setiap detik, saat, jam, hari, bulan, tahun, berjalan tanpa menanti kita. Samada kita ditinggalkan masa atau sebaliknya, masa meninggalkan kita, perancangan perlu dibuat sebagai pedoman untuk kita merancang masa depan yang bersinar. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan kemahuan.

Kepada pemuda dan pemudi yang masih berjuang untuk kehidupan yang baik di masa depan, teruskanlah perjuangan kalian sehingga berjaya dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara. Kepada yang telah berjaya, teruskan kejayaan anda sehingga mencapai yang terbaik di kalangan yang terbaik. Kepada yang masih gagal, teruskan usaha anda, kerana percayalah setiap usaha itu akan ada ganjarannya, samada cepat atau lambat sahaja. Yang penting, perlu ada kesabaran dan kesungguhan.

Bagi aku, masa yang lalu, sekarang dan akan datang telah aku sematkan di dalam memori aku. Aku telah merancang masa depan ku untuk sepuluh tahun yang akan datang. Semuanya telah ada dan sedang berusaha kearah itu. Tapi memang aku sentiasa ingat bahawa, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya ialah Allah yang maha berkuasa. Jika niat kita baik dan suci, setiap perlakuan kita itu akan ada ganjarannya.

Maka marilah kita sama sama berniat, bahawa suatu masa yang akan datang,kita akan lebih berjaya dari hari ini dan semalam. Dan kita juga jangan lah alpa untuk mengerjakan suruhan Allah kerana setiap masa yang kita gunakan di dunia ini akan di hisab di akhirat nanti.

sekian

Saturday 23 January 2010

Insan...



Salam,
Bila kita sebut sahaja pasal insan, ianya membawa beberapa pengertian. Dan yang nak saya coretkan di sini ialah insan yang bernama manusia. Manusia yang dilahirkan dengan sifat2 yang sempurna. Manusia yang dicipta dengan pelbagai karenah. Manusia yang ujud dengan berbilang bangsa. Manusia yang mempunyai pelbagai watak. Watak yang sentiasa berlakun dan beraksi di pentas dunia yang menghasilkan satu sandiwara.Dunia yang indah yang dijadikan begitu luas bak terbentangnya permaidani.Dunia di mana manusia mencoretkan seribu kelakuan.Kelakuan yang mempunyai kepelbagaian watak.Berbahagialah mereka yang berwatak baik. Sengsaralah mereka yang bertopengkan iblis.

Jika dilihat dan direnungi akan manusia hari ini, masing2 sibuk mengejar kedudukan, pangkat dan harta. Sedangkan dunia sebenarnya telah terlalu uzur. Bencana2 alam semakin kerap berlaku. Peperangan seperti tiada berpenghujung. Kebuluran berlaku ditengah2 masyarakat bangsa lain yang bermewah-mewahan.Apakah perasaan insan2 yang bernama manusia ini? Tidak adakah sekelumit rasa belas kasehan terhadap insan2 lain yang kebuluran, yang mati dibom saban hari, yang dirobek maruah mereka, yang ditindas kerana miskin. Mungkin telah hilang di hati mereka rasa belas kasihan,rasa kemanusiaan, rasa yang mereka juga adalah manusia.

Beruntung lah manusia yang lahir di dalam keadaan beriman dan bertakwa. Boleh hidup aman dan damai. Boleh hidup berkasih-kasihan. Boleh belajar setinggi yang mungkin. Boleh membina hidup berkeluarga.Dan yang pasti, bila mati akan berada di tempat yang bahagia yang telah dijanjikan oleh yang maha esa.

Sebagai insan yang mempunyai tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara, kita seharusnya bertekad untuk terus maju kehadapan, dan janganlah kita berpecah belah kerana keamanan amatlah susah untuk dinikmati jika kita telah tidak lagi bersatu. Sejarah membuktikan bahawa kaeamanan sesebuah negara itu dikecapi setelah banyak jiwa-jiwa yang terkorban.Musuh musuh negara tidak tidur siang maupun malam di dalam usaha untuk memporak-perandakan negara kerana mereka amat risau jika keamanan yang dirasakan sehingga kini, kekal untuk selamanya...

sekian

Thursday 14 January 2010

Facebook


Sham termenung sendirian sambil membelek belek journal yang entah kesekian kalinya dibaca. Sekali sekala dibukanya internet untuk melihat dan membaca 'facebook' yang di dalamnya terdapat pelbagai karenah sahabat sahabat yang tinggal di merata tempat. Ada yang sedang belajar. Ada yang telah pun berkerja. Ada yang mencari cari 'teman'. Ada yang sekadar untuk berkongsi maklumat dan bersenda gurau untuk melepaskan rasa kesunyian.Dan ada pulak yang suka berceloteh. Tak kurang juga yang rindu merindui. Begitulah ragam sahabat sahabat yang menghuni 'facebook' tersebut.

Sham tersenyum penuh bermakna. Itulah kecanggihan teknologi zaman sekarang. Tak perlu kenal, tapi melaluinya macam adik beradik lagaknya.Tak perlu keluar rumah untuk ber 'dating' dan yang pasti nyamuk tak kan dapat mengigit merpati dua sejoli yang sedang dilamun cinta. Dan pak imam pak imam merasa lega sebab tak perlu 'skodeng' di taman taman atau di belukar belukar untuk mencegah kemungkaran. Yang duduk beribu batu pun dapat merasai kenikmatan 'bercinta'.Bercinta dengan 'kekasih' yang berada di alam 'maya'.Bestkan...Cuma yang pasti sediakan duit untuk membayar 'bill' yang pastinya akan naik seperti naiknya mentari pagi di ufuk timur.

Dengannya juga dapat diketemukan sahabat sahabat yang sekian lama terpisah kerana tugas masing masing. Bila dah berjumpa macam macam karenahlah. Dan melalui teknologi ini, dapatlah dibuat 'reunion' semula untuk mengeratkan persahabatan yang hampir luput di telan waktu.Tak kurang juga yang berbincang tentang isu isu politik semasa yang menjadi bualan hangat di kedai kedai kopi. So, bukan sahaja ayah ayah yang berceloteh di kedai kopi, malah anak anak juga tumpang semangkuk. Tapi bezanya di kedai kopi yang canggih.

Walaupun begitu, terdapat juga kekurangan dari segi penggunaan masa. Bila dah asyik menulis, mengomen dan ber 'chating', maka sedar tak sedar dah pukul 3 pagi.Kerja ke mana, study ke mana. Tapi itulah lumrah kejadian manusia. Seronok dengan benda benda yang menyeronokkan. Cuma kita perlulah pandai di dalam membahagikan masa untuk melayan karenah 'facebook' ini.

Sham tersedar bahawa dirinya juga sudah menjadi 'ketagih' dengan facebook ini. Tetapi ketagihan ini sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa kesunyian di hatinya....

Thursday 7 January 2010

Avatar


Salam,
Mula mulanya terasa tidak ada apa yang menarik dengan tajuk Avatar sehinggalah aku sendiri menontonnya.Rata rata peminat filem di seluruh dunia termasuk malaysia menyatakan rasa amat berpuas hati akan filem tersebut.Dari segi arahan, grafik dan jalan ceritanya memang hebat. Message yang hendak disampaikan kepada semua penonton adalah hubungan kemanusiaan dengan kerakusan pihak tertentu menunjukkan kuasa mereka yang pada anggapan mereka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Berbalik kepada kongsep cerita tersebut, sebagai umat islam ada sedikit penyelewengan dari konsep akidah kerana dalam filem tersebut unsur2 tidak logik seperti kuasa alam yang boleh mengawal fikiran dan integrasi antara spiritual semua mahluk di planet tersebut walaupun unsur2 moden seperti boleh memuat-turun data2untuk berinteraksi antara makhluk di planet tersebut. Bagi kita sudah tentu Allah lah yang maha berkuasa.

Tetapi message yang hendak disampaikan adalah sinonim dengan keadaan dunia sekarang ini. Kuasa besar akan berbuat apa sahaja untuk merampas sesuatu yang menjadi milik orang lain tanpa memikirkan kesan disebalik tindakan tersebut. Di dalam filem ini satu jenis logam menjadi rebutan yang mana ianya simbolik kepada emas hitam dan gas asli yang menjadi rebutan sekarang ini oleh kuasa barat.

Di dalam filem ini juga diterapkan nilai kasih sayang yang menjadi tunjang utama kesepakatan sesuatu kaum itu untuk bersatu menentang kejahatan yang akhirnya boleh ditewaskan.

Juga nilai2 cinta yang berputik apabila seseorang itu mengenal hati budi orang lain yang bersemi di lubuk hati walaupun masing masing tidak pernah kenal sebelum itu.

Walauapapun pemahaman seseorang itu selepas menonton filem ini, yang pasti sebagai umat islam, cinta kepada Allah dan rasulNYA adalah cinta sejati yang membawa kebahagian di dunia dan di akhirat. Cinta kepada insan lain pun perlu demi untuk memupuk keharmonian hidup. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, cinta kepada insan adalah cinta yang tidak akan kekal dan mungkin tidak akan membawa kebahagian...

sekian