Showing posts with label kehidupan.... Show all posts
Showing posts with label kehidupan.... Show all posts

Friday, 27 April 2012

Perjalanan hidup13

Assalamualaikum, Agak lama tak ada coretan di blog ini. Kesibukan dsn pelbagai alasan menjadi penyebab utama kegagalan utk menaip apa yg terbuku di hati, terpendam di jiwa dan berserabut di kepala. Tapi itu semua memang dah jadi asam garam kehidupan. Layan sahajalah... Teringat akan sahabat sahabat yang telah habis belajar, yang telah bertunang, yang telah kawin, yang telah beranak pinak, yang telah berjaya dengan cemerlang, dan juga yang telah pergi menemui ilahi.. Semuanay menjadikan kehidupan kita penuh dengan suka dan duka. Tapi apa boleh buat, itu adalah rutin kehidupan kita. kita bertuah kerana kehidupan kita dengan hembusan udara yang dijadikan oleh Allah yang maha esa, dan kita tergolong di dalam golongan orang2 yang mengtauhidkanNYA. Maka penuhilah segala peluang keemasan ini dengan sebaik baik nya supaya kita dapat kesejahteraan dunia dan akhirat. sa

Thursday, 14 January 2010

Facebook


Sham termenung sendirian sambil membelek belek journal yang entah kesekian kalinya dibaca. Sekali sekala dibukanya internet untuk melihat dan membaca 'facebook' yang di dalamnya terdapat pelbagai karenah sahabat sahabat yang tinggal di merata tempat. Ada yang sedang belajar. Ada yang telah pun berkerja. Ada yang mencari cari 'teman'. Ada yang sekadar untuk berkongsi maklumat dan bersenda gurau untuk melepaskan rasa kesunyian.Dan ada pulak yang suka berceloteh. Tak kurang juga yang rindu merindui. Begitulah ragam sahabat sahabat yang menghuni 'facebook' tersebut.

Sham tersenyum penuh bermakna. Itulah kecanggihan teknologi zaman sekarang. Tak perlu kenal, tapi melaluinya macam adik beradik lagaknya.Tak perlu keluar rumah untuk ber 'dating' dan yang pasti nyamuk tak kan dapat mengigit merpati dua sejoli yang sedang dilamun cinta. Dan pak imam pak imam merasa lega sebab tak perlu 'skodeng' di taman taman atau di belukar belukar untuk mencegah kemungkaran. Yang duduk beribu batu pun dapat merasai kenikmatan 'bercinta'.Bercinta dengan 'kekasih' yang berada di alam 'maya'.Bestkan...Cuma yang pasti sediakan duit untuk membayar 'bill' yang pastinya akan naik seperti naiknya mentari pagi di ufuk timur.

Dengannya juga dapat diketemukan sahabat sahabat yang sekian lama terpisah kerana tugas masing masing. Bila dah berjumpa macam macam karenahlah. Dan melalui teknologi ini, dapatlah dibuat 'reunion' semula untuk mengeratkan persahabatan yang hampir luput di telan waktu.Tak kurang juga yang berbincang tentang isu isu politik semasa yang menjadi bualan hangat di kedai kedai kopi. So, bukan sahaja ayah ayah yang berceloteh di kedai kopi, malah anak anak juga tumpang semangkuk. Tapi bezanya di kedai kopi yang canggih.

Walaupun begitu, terdapat juga kekurangan dari segi penggunaan masa. Bila dah asyik menulis, mengomen dan ber 'chating', maka sedar tak sedar dah pukul 3 pagi.Kerja ke mana, study ke mana. Tapi itulah lumrah kejadian manusia. Seronok dengan benda benda yang menyeronokkan. Cuma kita perlulah pandai di dalam membahagikan masa untuk melayan karenah 'facebook' ini.

Sham tersedar bahawa dirinya juga sudah menjadi 'ketagih' dengan facebook ini. Tetapi ketagihan ini sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa kesunyian di hatinya....