Saturday 18 June 2011

perjalanan hidup5

Di luar jendela kelihatan embun jantan memenuhi ruang udara. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam. Kelihatan kesamaran lampu2 jalan yang sunyi dan sepi. Terlintas di hati ingin duduk di pangkal tiang tersebut sambil berselimut putih. Apa akan jadi jika ada yang pulang lewat dan melihat aku duduk di situ. Pasti lintang pukang larinya atau aku yang lintang pukang lari, jika di sapa oleh makhluk yang sebenarnya...he he he..

Aku masih ingat pada umi. Yang akan sentiasa bertapak di hati. Terlalu banyak nostalgia bersama dengan dia. Terlalu banyak dosa dosa aku pada dia. Ingin sekali aku berada bersama dia di saat ini dan memohon ampun dan maaf atas segalanya. Sekatrang, ketika ini aku tertanya tanya di manakah dia. Bagaimana keadaan dia sekarang. Sihatkah?

Aku benar benar merindui dia. Aku benar benar kehilangan dia. Aku benar benar telah berdosa dengan dia. Apa yang aku harus lakukan. Semua perjalanan hidup aku terasa lemah longlai. Tiada lagi ketawa manja dari dia. Tiada lagi senyum simpul dari dia.Tiada lagi rengekan manja dari dia. Di mana dia? Aku ditinggalkan begitu saja. Tanpa amaran dan bisikan. Tanpa teguran dan sapaan. Aku benar benar telah kehilangan dia...

Aku masih menyintaimu hingga akhir hayatku. Semoga umi berbahagia dan berjaya dalam kehidupan yang makin mencabar ini di samping dia yang dicintai...

Ketahuilah bahawa aku tetap menyanyangi mu hingga ke akhir hayat...Maafkan segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki...maafkan...

Tuesday 14 June 2011

perjalanan hidup4

Larut malam dh menjengah dinahari. Di luar sunyi sepi. Samar samar dengan cahaya lampu jalan. Mata tak nak tidur tapi badan rasa letih. Payah nak melelapkan mata. Sindrom penyakit zaman sekarang. Tapi bila dah lelap payah pula nak bangun subuh. Kena set jam untuk tolong kejutkan waktu subuh. Kegunaan jam di 'handphone' selain untuk urusan harian.

Urusan kerja tak pernah habis. Perancangan untuk bulan depan dah ada. Bila disemak, cuti tahunan masih banyak. Tak sempat nak digunakan. Kalau guna pun menyelit antara hari yang dah sedia cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Kelekaan kerja membuatkan tak sedar usia makin dekat dengan penghujung. Seminggu rasa macam sehari bila tiba hari Jumaat. Rasa baru lagi awal tahun yang dah berlalu hampir lima bulan lebih. Itulah realiti dunia sekarang. Terasa begitu pantas putaran alam ini. Mungkin fasa terakhir dunia sedang ditempuhi...

Kadang kadang terfikir akan kehidupan silam yang telah ditempuhi. Masa gembira, sedih, riang, seronok dan sunyi. Teringat pada teman sahabat keluarga yang ditinggal pergi. Detik detik yang kita tak dapat lalui kembali.Hanya menjadi memori dikala keseorangan...

Walauapapun, perjalanan hidup perlu diteruskan. Watak dan aksi akan terus dipentaskan di layar impian. Pandai atau tidak sahaja yang membawa kita kepada kejayaan sesuatu lakonan tersebut, dan watak2 baru akan muncul dengan pelakun2 yang baru hingga tamat sebuah riwayat yang akan silih berganti hingga akhir nanti..


s.a