Wednesday 24 October 2012

perjalanan hidup16

Assalamualaikum, Bersua kembali di arena penulisan ini. Apa khabar kepada pembaca dan palayar blog. Semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Esok, merupakan hari yang paling baik untuk berpuasa sunat kerana saudara seislam di Mekah akan wukuf di Arafah. Jumaat pula seluruh umat Islam akan menyambut hari raya korban. Adakah anda semua telah berkorban. Satu ibadat yang dituntut jika berkemampuan. Jika tidak seekor, sebahagian shj. Insyaallah jika niat ada, suatu hari nanti akan termakbul. Jika telah dan sentiasa berkorban, Alhamdulillah. Maka diucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, semoga hati kita bersih dari dosa2, dan yang penting kita sentiasa bertaubat atas kesalahan yang telah kita lakukan di masa lalu. Moga moga Allah akan menerima taubat kita. Kerinduan tetap ada kepada yang telah tiada, yang telah terputus hubungan, yang telah terpisah jayh, yang disebabkan oleh kesibukan duniawi. Hanya maaf dipohon, kepada yang telah tiada semoga roh mereka dirahmati Allah sentiasa. Aminn... s.a