tag:blogger.com,1999:blog-36413831546104391632024-03-13T06:45:53.658-07:00n.e.u.r.a.l.i.f.e.w.i.t.h.f.u.z.zy.sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.comBlogger60125tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-86273459659870347632018-11-07T20:31:00.001-08:002018-11-07T20:31:19.264-08:00Perjalanan hidup21Assalamualaikum,
Hampir reput dah blog nie...saya tak update hampir 3 tahun lebih...
Banyak cerita suka duka yang saya tempuhi...
Syukur kerana masih bernafas..
Kepada semua rakan2 blog yang pernah saya kenali, maaf banyak2 dipinta, dari hujung rambut ke hujung kaki...
Banyak kesalahan saya dari yang sengaja atau tidak, saya mohon maaf.
tiada idea utk saya berkarya buat masa ini...
semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik dan hidup dengan ceria..
Wassalam..sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-81879631440706452072015-05-26T01:11:00.002-07:002015-05-26T01:11:23.016-07:00perjalanan hidup20<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHFoCLJGoyg3kl4ZVgpb5wk_6OqhtJ_JNEfWoAYyrALema72nUWrcdJVc1-Z9ErgPCUWkHZIDhBwD9dwOvjkGgAtdt3zZCNANkij0QnBLnhsWX8ZAeyZOxzVdka6GFwfAQ19f8vTAGEmK2/s1600/untitled.png" imageanchor="1" style="clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHFoCLJGoyg3kl4ZVgpb5wk_6OqhtJ_JNEfWoAYyrALema72nUWrcdJVc1-Z9ErgPCUWkHZIDhBwD9dwOvjkGgAtdt3zZCNANkij0QnBLnhsWX8ZAeyZOxzVdka6GFwfAQ19f8vTAGEmK2/s320/untitled.png" /></a></div>
Assalamualaikum kepada sesiapa yang sempat membaca tulisan aku.....
Lama benar tak menulis di ruang ini. 2015 hampir separuh jalan. Menghitung hari yang kesekian kalinya. Di luar cuaca panas...di dalam, suhu dingin...oleh penghawa dingin yang tak henti berkerja...tapi kelihatan awan gelap pekat..menandakan awan akan menangis lagi...menangis untuk membasahi bumi...
Pelbagai peristiwa pelik, dahsyat, gembira, riang dan gelora berlaku di sepanjang tahun...silih berganti...
Adakah ini adalah sandiwara hidup, lakunan manusia atau takdir illahi....?
Aku merasakan diri ini makin hari makin letih...letih dengan karenah sekitaran, karenah duniawi...yang kadang kala boleh diikut..kadangkala bosan untuk dilalui...
Terkenang masa masa lalu...yang seronok...yang girang...yang suka...dengan kehadiran insan2 yang disayangi..dicintai...
Namun...semuanya hanya tinggal kenangan...kenangan yang selalu mengusik jiwa...
Dosa2 yang lalu...seringkali menghantui jiwa...membuatkan diri ini rasa seperti diadili...
Apakah masih ada harapan untuk kembali bersih..seperti bersihnya bayi yang baru lahir....??
sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-61447909253152047062014-04-04T10:32:00.002-07:002014-04-04T10:32:32.636-07:00perjalanan hidup19Assalamualaikum,
Di kesempatan ini, dapat lagi saya menulis di ruangan ini walaupun sibuk dengan tugas seharian.
Pelbagai berita dan kejadian sedih berlaku di seluruh dunia terutama di negara kita yang dicintai ini dengan kehilangan MH370 yang belum ditemui. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat, kesedihan anda semua turut dirasai oleh semua rakyat Malaysia yang bersimpati. Semoga usaha yang dijalankan akan mendapat jawapan dengan segera, dengan izinNYA.
Sunyinya dirasai di kediaman ini. Telah ramai yang lelap. Telah ramai yang diulit mimpi2 indah, jua mimpi2 yang meresahkan....Terasa gembira juga bila lari dari kesibukan tugas2 yang sentiasa perlu diselesaikan.
Siang tadi ramai yang bercuti membawa keluarga bermain main di daerah ini. Sempat juga saya meronda ronda di pantai juga di pekan kecil di sini. Ada yang bermain main di tepi laut, ada yang mandi mandian di gigi air laut, ada yang berborak borak bersama rakan taulan, dan penjual aiskrim juga tidak kurang sibuknya melayan pelanggan yang kepanasan.
Lepas makan malam tadi sempat saya melihat karenah pengunjung2 di tempat ini makan2 dan minum sambil mendengar alunan musik dan lagu masih segar2 belaka. Sempat saya berbual bual dengan pemusik tersebut. Umurnya yang lanjut tetapi suaranya masih merdu sesuai dengan kefasihannya menyanyi dwibahasa.
Sekali sekala mereka menjemput tetamu untuk mendendangkan lagu yang mereka tahu. Inilah salah satu ragam kehidupan di daerah ini yang mengisi aktiviti mereka. Esok pagi saya akan berkemas untuk pulang semula ke tempat saya berkerja. Banyak yang saya dapat bila berada di sini. Yang pasti saya masih lagi tak dapat untuk membawa kembali nostalgia lama kehidupan yang mengembirakan di suatu masa yang lalu...
Itulah perkara yang kita tak akan dapat sampai bila2..masa yang lalu yang telah kita lalui....tetapi dengan menjadikan ia sebagai panduan hidup...masa yang akan datang kita perlu penuhi dengan sebaik baiknya..Tiada lagi kekecewaan, tiada lagi kesedihan, tiada lagi kekesalan...yang perlu ada adalah kekuatan, keberanian, keimanan dan kejayaan untuk kita lebih tabah di dalam kehidupan ini...
Selamat malam....
sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-91850030756021694662014-02-18T00:35:00.002-08:002014-02-18T00:37:12.230-08:00perjalanan hidup18<i>'Rahsia ini, telah lama aku pendamkan...tiba masanya..kau cari teman penganti....blablabla...'</i>
Terasa sayu juga mendengar lagu tersebut...melayan sinar fm yang tak jemu2 ke udara...
berbagai rentak dan lagu saban hari berkumandang ke udara...telinga sahaja yang tahan atau tak untuk mendengarkan nya..
2014 berlalu begitu pantas..terasa sebulan macam seminggu sahaja...mungkin ini juga dirasakan oleh semua orang, atau hanya aku sahaja yang merasakannya...tapi masing2 perlu akur dengan apa yang terjadi semasa hayat kita ini...
perancangan kerja adalah langkah paling penting untuk kita terus maju melangkah ke hadapan, jangan kita fikir untuk ketinggalan di belakang.
skop kerja kita dan objektif yang kita tetapkan perlu diselarikan dengan usaha untuk mencapai matlamat tersebut..
halangan dan rintangan perlu diatasi untuk melancarkan kerja tersebut..
apabila telah berjaya, bersyukurlah dengan apa yang kita capai...
langkah seterusnya, adakah kejayaan itu sampai di penghujungnya atau kita masih boleh terus mengembangkannya menjadi lebih hebat?...
Apa yang penting ialah sentiasa melihat sekeliling dan menimba ilmu yang berkaitan untuk melancarkan lagi perjalanan hidup dan mendapat kejayaan yang lebih baik...
emmm..mata dah mula mengantuk....dah menguap banyak kali...maklumlah bila membaca buku2 motivasi, mata memang benci utk menyokong hasrat hati...
<i>......'aku tau ini semua tak adil..aku tau ini semua........'</i>
adusss..makin jiwang2 lagu berkumandang.....layan sahaja lah...
tapi sebelum tidur, pastikan baca Al Fatihah, ayatul kursi dan jangan lupa membaca kalimah sahadah...sebab tidur itu adalah mati yang kecil....kalu panjang umur, esok jaga lagiii..kalau tak, sampai di situ sahaja...Assalamualaikum...
sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-25649873920913729572014-02-05T20:47:00.001-08:002014-02-05T20:47:14.884-08:00perjalanan hidup17Assalamualaikum,
Memang dah lama tak update kisah hidup saya di sini. Bukan apa, sibuk memanjang dan juga lupa katalaluan..hehe
Walauapapun alasannya, saya tetap akan menulis di blog ini biarpun memakan masa yang lama untuk muncul...
Bertahun berlalu, kehidupan makin menjanjikan segala macam dugaan dan halangan maupun kejayaan. Itu tidak dapat lari dari kehidupan kita yang semakin hamper dengan kematian atau penamat hidup di dunia ini.
Kepada yang sedang berjuang untuk kejayaan, teruskan jangan berhenti sekerat jalan...
Kepada yang telah Berjaya dan sedang meniti kehidupan ini, perbanyakkan membuat amal kebajikan untuk bekalan di sana nanti..
Kepada yang akan membina mahligai kehidupan bersama yang tersayang, layari lah bahtera hidup hingga ke jannah..
Kepada yang mendapat dugaan yang berat, ingatilah kepada Allah sentiasa agar hati tidak lara berpanjangan...
Kepada yang masih hanyut oleh kehidupan dan kesedapan duniawi, bertaubatlah sementara masih ada peluang ini...
Kepada yang telah lama pergi, moga2 arwah berada di tempat yang bahagia dan tergolong di dslsm orang2 yang dijanjikan syurga..
Kepada saya, harapan agar saya teruskan kehidupan ini dengan sabar dan Berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah...
Sekian, selamat Berjaya dunia dan akhirat...sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-880951615972174532012-10-24T09:33:00.000-07:002012-10-24T09:33:06.519-07:00perjalanan hidup16Assalamualaikum,
Bersua kembali di arena penulisan ini. Apa khabar kepada pembaca dan palayar blog. Semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Esok, merupakan hari yang paling baik untuk berpuasa sunat kerana saudara seislam di Mekah akan wukuf di Arafah.
Jumaat pula seluruh umat Islam akan menyambut hari raya korban.
Adakah anda semua telah berkorban. Satu ibadat yang dituntut jika berkemampuan. Jika tidak seekor, sebahagian shj. Insyaallah jika niat ada, suatu hari nanti akan termakbul. Jika telah dan sentiasa berkorban, Alhamdulillah.
Maka diucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, semoga hati kita bersih dari dosa2, dan yang penting kita sentiasa bertaubat atas kesalahan yang telah kita lakukan di masa lalu. Moga moga Allah akan menerima taubat kita.
Kerinduan tetap ada kepada yang telah tiada, yang telah terputus hubungan, yang telah terpisah jayh, yang disebabkan oleh kesibukan duniawi. Hanya maaf dipohon, kepada yang telah tiada semoga roh mereka dirahmati Allah sentiasa. Aminn...
s.a sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-38340710780813861752012-08-10T10:26:00.001-07:002012-08-10T10:26:06.551-07:00perjalanan hidup15Assalamualaikum,
Agak lewat aku menulis kali ini. Memang tersangat sibuk. Salam Ramadhan buat semua pembaca. Seminggu lagi dah nak raya. Tentu masing2 dah membeli apa yang patut untuk menyambut ketibaan 1 syawal.
Aku seperti biasa.Yang utama baju melayu mesti ada. YAng lain2 sebagai pelengkap sahaja. Keseronokan ternyata kepada kanak2 yang saban tahun menanti Hari Raya dengan keriangan. Yang muda pula sibuk nak bertandang ke rumah si dia. Yang tua pula merasakan hari2 berlalu makin cepat. Almaklumlah, umur makin pendek.
Walauapapun perasaan masing2, di sini aku ingin ucapkan selamat menghabiskan ibadat puasa, terutama 10 malam terakhir, dan seterusnya Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua pembaca, maaf jika ada terkasar bahasa. Semoga semuanya bergembira dan berbahagia.
Hati2 di jalanraya.
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-51045345276725941082012-06-07T10:53:00.002-07:002012-06-07T10:57:21.036-07:00perjalanan hidup14Assalamualaikum,
Perjalanan hidup kita akan berakhir. Tiada siapa yang tahu bila, tetapi tanda2nya banyak diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis nabi s.a.w. Kita mesti percaya kerana ianay salah satu rukun iman. Saya nak share cerita di bawah yang saya dapati dari satu blog yg link nya saya letak diakhir artikle ini. Selamat membaca....
<b>Adakah Berlaku Kiamat Pada 2012?</b> by Eramaya.Com
Posted on November 17, 2009 by aku
Bismillahir rahmanir rahim.Alhamdulillahi Rabbil `alamin wassalaatu wassalam `ala sayyidinaa Muhammadin nabbiyir rahmati washafi`il ummati yaumil qiaamah wa`ala aalihi wasahbihi wassallim.Assalaamualaikum selamat sejahtera semua.
Mengikut KALENDAR KAUM MAYAN,hari kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.Ramai orang menulis dan percaya bahawa dunia kini sedang menuju akhir zamannya pada tahun 2012.Bagaimana pendapat Syeikhul Inabah ini dalam perkara ini untuk renungan bersama?
Tamadun Mayan yang terletak di tengah Amerika selatan dianggap sebagai tamadun termaju dalam pengentahuan sains masa .Dan Kalendar Mayan dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakarwala dan sistem solar.Kalendar kuno berhenti pada tarikh 21 Disember 2012 dan ini lah menyebabkan ramai beranggapan berlakunya kiamat ia itu insiden berakhinya dunia seperti yang di ramalkan.Namun adakah ramalan Kalendar Mayan suatu kepastian mengikut pandangan Islam?
AKIDAH.
Sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan pasti akan berlaku.Tetapi MASA BERLAKUnya hanya ALLAH sahaja yang mengentahui.Allah tidak memberi tahu seseorang pun sama ada manusia biasa mahu pun Rasul-Nya dan tidak seorang pun yang berupaya untuk mengentahui baki umur dunia yang masih tinggal hal ini berdalilkan wahyu Allah dalam Kitab al-Quran surah al-`Araf ayat 187 yang terjemahnya seperti berikut(harap buka al-Quran):
`Mereka menanyakan kepada mu tentang kiamat,bilakah terjadinya? Katakanlah:Sesungguhnya penegentahuan tentang kiamat itu ada lah pada sisi Tuhanku.Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia(Allah).Kiamat itu amat berat(hura haranya bagi makhluk)Yang di langit dan di bumi.kiamat itu tidak akan datang kepada mu melainkan dengan tiba tiba.Mereka bertanya kepada mu seakan-akan kamu benar benar mengentahuinya.Katakanlah:Sesungguhnya pengentahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah,tetapi kebanyakannya manusia tidak mengentahui`.
Dalam Islam tidak ada satu nas pun yang menentukan tarikh bila berlakunya hari kiamat.`
Berdasarkan dalil diatas ketepatan masa berlakunya kiamat yang berdasarkan Kalendar Mayan boleh di tolak dan tidak boleh dijadikan pegangan oleh umat Islam.Namun begitu umat Islam wajib beriman dengan ADA nya KIAMAT dan adanya tanda-tanda kiamat sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah saw.Memang terdapat hadis hadis sahih yang menceritakan tentang tanda -tanda kiamat yang sedang dan akan berlaku sama ada tanda tanda yang besar besar atau tanda tandanya yang kecil kecil.
Gambaran hari dan masa berlakunya kiamat ada termaktub didalam al-Quran wahyu Ilahi ada dalam banyak surah antaranya ialah dalam surah Al-Qariah(Peristiwa besar) ayat 1 hingga 5. Surah Al-Infithar(Pecah belah)ayat 1 hingga 5. Surah At Takwir(Menggulung) ayat 1 hingga 7 dan kelanjutan peristiwa dan juga hujjah Allah swt hingga ayat 29.Dan juga ada tersebut dalam lain lain surah (Sila rujuk Al-Quran sebenar untuk lebih tepat sebagai dalil).
Terjemah ayat 1-5 surah Al-Qari`ah:
`Peristiwa besar
Apakah itu peristiwa besar?
Tahukah engkau,apa peristiwa besar itu?
Di hari manusia bagai kupu kupu yang bertebaran
Dan gunung-gunung bagai bulu yang dihembus.`
Terjemah surah Al-Infithar ayat 1-5:
Ketika langit pecah belah
Ketika bintang-bintang bertaburan
Ketika lautan melimpah-limpah,
Dan ketika kuburan di bungkar
(Dikala itu)setiap diri menegntahui apa
yang diletakkannya di muka
dan apa yang ditinggalkannya di belakang`
Terjemah dari surah At Takwir ayat 1-7:
`Ketika matahari telah digulung
Dan ketika bintang-bintang jatuh bertaburan
Ketika gunung-gunung telah dihilangkan
Dan ketika unta- unta betina telah ditinggalkan
Dan ketika binatang- binatang liar dikumpulkan
Dan ketika lautan bergelombang besar
Dan ketika diri(manusia) dikumpulkan `.
TANDA TANDA KECIL KIAMAT
Mengenai tanda tanda kecil ada diceritakan dalam beberapa buah hadis yang sohih seperti hadis berikut:
Terjemahannya:`Aku diutuskan dan kiamat seperti dua ini,lalu Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya`.(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini bermaksud bahawa perutusan Rasulullah saw sebagai penyudah segala rasul dan nabi merupakan salah satu daripada tanda-tanda hampirnya kiamat.
Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda:
Terjemahannya:`Kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah berlakunya peperangan diantara dua puak yang besar dimana ia menyebabkan korban yang banyak dan kedua-dua puak itu menyeru seruan yang sama,dan sehingga diutuskan dajjal-dajjal yang pembohong yang hampir mencapai tiga puluh orang dimana kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi,dan sehingga dicabut ilmu penegentahuan[pegangan keagamaan?-p]banyaknya berlaku gempa bumi,masa menjadi semakin singkat,timbulnya fitnah fitanah,banyaknya pembunuhan,harta dikalangan kamu menjadi banyak lalu melimpah ruah sehinggakan pemilik harta inginkan ada orang yang menerima hartanya lalu ia menawarkannya maka berkatalah orang yang ditawarkan harta kepadanya:Saya tiadak inginkan harta itu,dan sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan,dan sehingga lalu seorang lelaki di kubur seorang lelaki lalu ia berkata:Alangkah baiknya jika aku berada ditempatnya,dan sehingga terbit matahari dari sebelah baratnya dan manusia semua melihatnya maka mereka pun beriman,tetapi ketika itu iman seseorang tidak lagi manfaatkan dirinya jika ia sebelum itu tidak beriman atau tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya.Pasti akan berlaku kiamat tatkala dua orang lelaki telah merentangkan pakaian di antara mereka berdua lalu mereka tidak sempat berjual beli pakaian itu dan tidak sempat untuk melipatkanya semula.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang lelaki beredar membawa susu untanya lalu ia tidak sempat meminumnya.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang membaiki kolamnya lalu ia tidak sempat meneguk air dari kolam itu dan kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang mengangkat makanannya kemulutnya lalu ia tidak sempat memakannya`.[Al-Buhari].
Sesungguhnya kalau hendak dihuraikan satu persatu tiap tanda tanda kecil akan berlaku kiamat akan hadis riwayat Al-Bukhari diatas akan memakan ruang yang teramat panjang.Tetapi tanda tanda kecil seperti lahir nya dajjal dajjal pembohong yang mencapai hampir 30 orang yang kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi sudah barangkali hampir mencukupi qota iaitu semenjak Musailamah Al Kazzab di Tanah Arab hingga lah ada sesaorang juga yang telah mengaku nabi dan rasul di Indonesia dan juga yang muta`khir ini lahir pula seorang pembohong yang mengaku dirinya`Rasul Melayu`di Tanah Melayu…..! Sesungguhnya sabda sabda Nabi Muhammad Rasulullah saw. tetaplah benar sepanjang zaman.
TANDA TANDA BESAR BERLAKU KIAMAT.
Banyak hadis hadis Rasullah saw yang menyatakan tanda tanda besar berlaku kiamat antaranya ialah:
Terjemahan:`Huzaifah bin Asyad al-Ghifari menceritakan:Pernah suatu ketika Nabi datang kepada kami ketika kami sedang berbual-bual,lalu baginda bertanya:Apa yang kamu bualkan?Mereka menjawab:Kami sedang menyebutkan tentang kiamat.baginda bersabda:Sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu melihat sepuluh tanda.Baginda menyebut tanda tanda itu iaitu asap,dajjal,muncul sejenis binatang,matahari terbit dari sebelah barat,turunnya Isa bin Maryam,munculnya Yakjuj dan Makjuj dan berlaku tiga gerhana,satu gerhana di sebelah timur,satu disebelah barat dan satu lagi di Semenanjung Arab dan akhir sekali ialah api yang keluar dari Yaman dan mengusir manusia ketempat perhimpinan mereka`.(Riwayat Muslim).
Tetapi berkait dengan sepuluh tanda besar ini penulis ingin menarik renungan pembaca kepada satu hadis Rasulullah saw dalam Sahih Muslim dan syarah Nawawi 18:27-28 yang terjemahannya adalah seperti berikut:
Dari Huzaifah bun Usaid r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:`Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda……`Kemudian baginda menyebutkan antara lain`dan tiga gempa/tanah longsor.iaitu gempa di wilayah timur,di wilayah barat dan jazirah Arab.`
Dari Ummu Salamah ra. ia berkata:Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
Ertinya `Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di wilayah timur,gempa bumi di wilayah barat dan gempa bumi di jazirah Arab.`Saya bertanya,`Wahai Rasulullah,apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang orang yang solih?` Baginda menjawab,`Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan.`(R.H.ada tersebut dalam As-Shahih).
Mengenai hadis ini ada pun alamat besar kiamat itu berlaku apabila terjadi kerosakkan dan kemaksiatan yang bermaharajalela dikalangan manusia…adakah peristiwa Sunami [Kerana akibat gelincaran bumi dalam Lautan Hindi]berberapa tahun lepas seluruh wilayah timur dunia ia itu bermula dari negara Seri Langka,Timur Siam dan Barat Indonesia[Sumatera Barat dan Acheh]Yang memakan korban Ratusan ribu manusia dan yang terjadi gempa bumi di wilayah Padang Sumatera baru baru ini pula[30 September 2009M ] juga memakan korban satu ribu orang adalah satu pertanda besar kiamat dunia akan menjelang tiba?Ada kah Gempa bumi di barat dunia sudah pun berlaku zaman 1000 tahun dahulu? atau akan berlaku? Dan di bumi Arab mungkin belum lagi berlaku sebab jika kita mengikut turutan kata kata nabi hadis di atas Wilayah bumi Arab adalah yang terakhir dan tentunya takala itu maksiat [penentangan atau pengengkaran terhadap syariat Islam ] telah pula bermaharajalela di bumi Arab pula].Walaubagaimana pun Pakar gempa bumi memberi amaran Teheran[adakah Teheran termasuk jazirah Arab atau pun ia wilayah timur?]mungkin mengalami gempa bumi besar di masa akan datang.Dan pada tahun 2003 yang lalu telah berlaku gempa besar di Bam yang meragut nyawa 40,000 orang.Teheran yang penduduknya 12 juta orang sedang berada di atas 100 gelinciran dan bandaraya besar ini tidak mungkin mampu bertahan gegaran gempa yang besar yang mungkin akan berlaku dimasa depan itu.Maka hal hal tersebut diatas boleh kah dianggap sebagai salah satu tanda pada tanda-tanda besar akan berlaku kiamat yang tersebut dalam hadis? wallaahu a`lam.
PERMULAAN TERJADINYA KIAMAT
Keseluruhan ayat ayat Al-Quran yang menyentuh tentang kejadian kiamat menunjukan permulaan kiamat ialah dengan berlakunya perubahan umum terhadap alam semesta ini.Fenomena yang akan terjadi ialah langit menjadi terbelah [Langit mempunyai tujuh lapis] bintang bintang berguguran dan planet -planet berlanggaran sesama sendiri serta kejadian kejadian lain yang tersebut dalam wahyu Allah-Al-Quran.Segala sesuatu yang berada di dalam alam perwujudan ini akan semua binasa-musnah.Seperti firman Allah dalam A-Quran surah Ibrahim ayat 48:
Ertinya:`Pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan demikian pula langit,dan mereka semuanya[di Padang Mahsar]berkumpul menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa`.
Dan lagi Firman Allah dalam surah al-Haqqah: 13-16:
Ertinya: `Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup.dan diangkatlah bumi dan gunung gunung,lalu dihancurkan keduanya sekali hancur.maka hari itu terjadilah hari kiamat.dan terbelahlah langit,kerana pada hari itu langit menjadi lemah.`
Berlakunya pertukaran langit dan bumi dengan kewujudan yang baharu adalah selepas tiupan sangkakala yang pertama.Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala dengan perintah Allah SWT,sehingga menyebabkan semua yang ada di langi tdan di bumi mati dan musnah semuanya melainkan sesiapa yang dikehendaki Allah seperti firaman Allah dalam Al-quran surah Al-Zummmar68.
Ertinya:`Dan ditiuplah sangkakala,maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah,kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba -tiba mereka berdiri menungguu[keputusan suratan masing masing].
Mengikut sumber yang diriwayatkan mereka yang tidak dimatikan oleh Allah ialah empat malaikat iaitu Jibraill,Mikail,Israfil dan Izrail.Begitu juga malikat yang bertugas menanggung Arash ketika tiupan sangkakala yang pertama tetapi mereka akan mati juga setelah tiupan sangkakala yang pertama selesai.
TIUPAN SANGKAKALA PERTAMA OLEH ISRAFIL.
Bahawa yang meniup sangkakala itu ialah malaikat Israfil bersendirian.Sangkakala itu adalah seperti terumpit yang ditiup oleh peniup terumpit atau sebagai peniup wisel perlawanan bola.Lalu keluarlah bunyinya seperti halilintar yang amat keras.Dalam hadis riwayat at-Tabarani daripada Abu Hurairah menyebut bahawasanya tatkala Allah selesai menjadikan tujuh petala langit dan bumi,maka Allah menjadikan sangkakala lalu diberikan kepada Israfil.Kemudian Israfil meletakkan sangkakala itu pada mulutnya sambil pandangannya tertumpu ke arah Arash menanti bilakah dia diperintahkan untuk meniupnya.lalu Aku (Abu Hurairah)berkata:`wahai Rasulullah apakah maksud Sur(sangkakala) itu?`Baginda menjawab`Ia seperti satu tanduk.`Aku bertanya:`Bagaimana pula keadaannya?` Baginda menjawab:`Ia amat besar,demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaan-Nya,bahawa edarannya(yakni mulut/ukur lilitnya)saperti lebar tujuh petala langit dan bumi.`
Dalam riwayat daripada Abu asy-syeikh daripada wahab menyebut bahawa Allah telah menjadikan sur(sangkakala) daripada lu`lu`(permata)yang jernih seperti kaca.
Ahlul kasaf menggambarkan al-sur(tetuang) seperti tanduk itu adalah sempit dibahagian al-asfal(bawah) dan amat luas dibahagian al-`ala(atas) .Bumi adalah terletak di bahagian ujungnya al-asfal panjang al-Sur sampai kepada al-`Arsil majid yang amat besar radiusnya atau dengan kata lain mengikut geocentric system bahawa al-markaz iaitu bumi yang kita huni ini merupakan`hujung tetuang` dan al-Falaqul `ala merupakan`umbi tetuang.Ada pun kedudukan tetuang itu adalah hujungnya di bawah dan umbinya diatas.
Ada pun tetuang yang terletak pada mulut Israfil untuk dihembuskan(ditiupkan) pada hari kiamat iaitu hari kebinasaan alam dan hari kebangkitan semula itu tersebut dalam al-Quraan dan al hadis nabawi dan kadang kadang disebut juga an-Naqur ertinya terumpit(lihat surah az-zumar ayat 68 dan surah al-mudathsir ayat 8-10.Dalam bahasa Melayu disebut sangkakala iaitu pengambilan dari bahasa sanskrita`sangkha`ertinya` terumpit` dan `Kala` ertinya `waktu` atau `kehebatan-kedahsatan`.
Ada pun kedudukan Israfil yang sedang memegang al-Sur itu mengikut satu hadis yang lain dinyatakan ia berada di-Assamaau thaniyyah ia itu di langit yang kedua yang mengikut kajian kosmologi Islam ialah di alam barzah.Bahawa al-Sur yang terletak pada mulut Israfil itu memang dalam keadaannya begitu,bukanlah suatu perlambangan.Ia suatu kejadian ciptaan Tuhan dalam alam ghaib tetapi tidak melampaui batas alam barzah.Menekala alam barzah sendiri terdiri dari tingkat tingkat alam syahadah(alam nyata) dan alam ghaib.Dan Israfil hanyalah dalam menunggu perintah Tuhan untuk tetuang itu di tiup sebagai signal bermulanya peristiwa kiamat.Maka tidak ada siapa yang tahu dan tidak ada perkiraan sains masa dan kalendar dan waktu yang dapat menentukan bilakah tetuang sangkakala itu akan ditiup oleh Israfil dengan perintah Tuhan!
Mengikut kepercayaan kaum Mayan kiamat akan berlaku keatas alam semesta ini.Kepercayaan ini berdasarkan sains masa dan kalendar mereka.Nampaknya keperecayaan mereka tentang kiamat ada.Dan sama dengan kepercayaan islam serta agama agama samawi yang lain juga. Wahyu Allah mengenai kejadian kiamat dunia tersebut dalam al-Quran terdapat pada banyak surah dan ayat.Contohnya firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Hajj-atyat 7:
Ertinya:`Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang,tidak ada keraguan padanya,dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.`
Namun mengenai masa berlakunya kiamat iaitu tiupan sangkakala pertama kali oleh malaikat Israfil tidak semestinya berlaku mengikut tarikh kalendar mereka [21 disember 2012] kerana Islam berdasarkan firman Allah SWT Maha Penguasa Semesta Alam yang mana saat kiamat itu tiada siapa pun makhluk-Nya yang tahu malah tidak juga oleh malaikat Israfil sendiri yang bertugas meniup sangkakala itu.Saat itu hanya lah Allah SWT saja yang tahu dan Dia sahajalah yang menentukan.
Walau bagaimana pun ada hadis yang menerangkan bahawa hari permulaan terjadi kiamat itu adalah pada hari jumaat.Tetapi jika mengikut penelitian terhadap jadual perjalanan tahun,bulan dan hari mengikut kalendar Hijrah bahawa hari 21 disember 2012M itu ialah hari rabu bukan hari jumaat.Hal ini telah tidak berbetulan dengan sabda Rasulullah saw.Maka berdasarkan ini tidak lah berlaku kiamat pada 21 disember tahun 2012M.atau 8 safar 1434 itu.Insaallah.[Edit: sila lihat komentar Perantau dalam perkara hari jumaat tersebut setelah selesai membaca artikel ini].
Tetapi anda tanda kecil kiamat yang semakin hampir akan berlaku memang ternyata kerana seperti apa yang disabdakan Rasulullah saw memang telah banyak berlaku contohnya seperti sabda Rasulullah saw dari Anas r.a:
Ertinya:`Di antara tanda tanda-hari kiamat adalah hilangnya ilmu dan munculnya kebodohan(dalam hal beragama-p),banyak khmar diminum,zina bermaharajalela,jumlah bilangan lelaki sedikit,jumlah bilangan wanita banyak,sampai lima puluh wanita sebanding dengan satu lelaki.` [HR.Bukhari dan Turmudzi].
Ada pun tanda tanda besar akan berlaku kiamat[yang sepuluh perkara]mengikut kebanyakan ulama` masih tidak banyak berlaku iaitu Kabut,Dajjal,Haiwan Besar,Matahari terbit dari Barat,Turunnnya Nabi Isa Ibnu Mariam,Keluarnya Yakjuj dam Makjud,Terjadinya tiga gerhana bulan di barat dan timur dan Jazirah Arab dan akhiranya keluar api dari negeri Yaman yang mengusir manusia ke tempat perkumpulan mereka.
Kita ambil satu dalil sahaja dari alamat alamat besar kiamat tersebut di atas menjadi dalil kenapa kita berpendapat kiamat tidak akan berlaku pada 21 Disember 2012 mengikut sains masa dan kalendar kaum Mayan itu.Kalau kita mengikut perkiraan masa kalendar mereka kiamat akan berlaku hanyalah mengambil masa 3 tahun 1 bulan 20 hari saja lagi dari tarikh penulisan artikel ini(1 hb.November 2009).Salah satu tanda tanda besar kiamat yang tersebut mengikut sabda Rasulullah saw ialah Turunnya Nabi Isa a.s. dari langit membunuh Dajjal barmata satu.Tetapi Nabi Isa a.s.belum lagi turun ke bumi pada saat ini.Dan jika Nabi Isa a.s. telah turun menurut riwayat ia akan mendiami bumi selama tujuh tahun dan menurut sebahagian riwayat yang lain lagi ialah selama empat puluh tahun barulah baginda wafat di bumi.Jadi amat bersalahan dari segi`WAKTU dan MASA pada penentuan kalendar Mayan yang mengatakan kiamat akan berlaku [hanya 3 tahun 1 bulan 20 hari saja lagi dari saat penulisan ini] ia itu pada 21 Disember 2012M.
Menurut riwayat Imam muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa rasulullah saw bersabda:
Ertinya`Lalu Allah mengutus Isa Ibnu Mariam…..lantas ia tinggal bersama orang banyak selama tujuh tahun,yang pada waktu itu tidak ada permusuhan sama sekali antara sesama manusia.Setelah itu Allah mengirim angin yang sangat dingin dari arah Syam,maka tidak ada seorang pun di muka bumi yang pada waktu itu masih mempunyai kebaikan atau keimanan dalam hati walau pun seberat atom melainkan akan dihembuskannya dan mati kerananya.`[HR.Muslim,bab Dzikrid Dajal 18:75-76].
Sedankan pula dalam riwayat Imam Ahmad dan Abu daud disebutkan:
`Kemudian ia tinggal di bumi selama empat puluh tahun,kemudian Allah mewafatkannya,dan dia disolati oleh orang- orang Muslim.`[sahih fatul-Bari 6:493].
Kedua riwayat diatas sama sama sahih, dan ini merupakan suatu kemuskilan namun jika riwayat yang mengatakan tujuh tahun itu diertikan dengan pengertian tujuh tahun setelah turun kembali kebumi,lalu ditambah usia beliau yang tiga puluh tiga tahun sebelum diangkat ke langit dahulu sehingga demikianlah menjadi kata bermaksud empat puluh tahun itu.wallahu a`lam. Tetapi walau pun di katakan lamanya nabi Isa di bumi ialah tujuh tahun sahaja sebelum wafat beliau maka fakta ini sudah pasti jua menghapuskan telahan kalendar kaum Mayan bahawa kiamat akan berlaku hanya tiga tahun satu bulan dan dua puluh hari lagi daripada tarikh artikel ini di tulis.Walaubagaimana pun pada tarikh tersebut mungkin juga ada sesuatu peristiwa kosmos semesta yang mungkin akan berlaku tetapi tidak lah KIAMATUL-KUBRA.Wallahu a`lam.
Tetapi jika berdasarkan alamat -alamat kecil tanda akan berlaku kiamat yang kian hampir memang banyak telah terjadi misalnya perkara perkara berlaku di Eropah dan Amerika dan di mana mana sahaja dunia timur juga iaitu arak dan zina bermaharajalela.Jika kita membuat penelitian sosial maka kita ketemukan ratusan ribu anak-anak haram dan yang berdaftar setiap tahunnya disebelah Eropah dan Amerika mencapai jutaan orang.Bukan hanya khamar dan zina yang menjadi tanda tanda kecil kiamat tetapi kejahatan yang telalu banyak terjadi juga mencakupi dosa dosa besar yang di haramkan agama dikerjakan.Syirik,Sihir,bunuh,zina-homosex-lesbian,minum arak bermerajalela dimana mana.Begitu juga pepereangan antara Yahudi yang di sokong oleh Amerika terhadap orang orang negara Islam dan juga peperangan oleh Amerika dengan sokongan para sekutunya terhadap negara negara islam.Dan satu hadis Rasullullah saw yang boleh menjadi perhatian kita sama ada kiamat itu sudah hampir tiba ialah apabila berlaku perkara seperti hadis yang di riwayatkan oleh Turmuzi dari Abu Hurairah ini dan persoaalan adakah perkara tersebut ini telah berlaku ia itu:
Rasulullah bersabda: Ertinya:`Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang-orang muslim memerangi orang orang Yahudi dan membunuh mereka sampai mereka bersembunyi di sebalik bebatuan dan pepohonan,maka batu dan pohon itu berkata:`wahai orang Islam! wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakangku,kemarilah dan bunuhlah,kecuali ada satu pohon(yang melindungi mereka) yang bernama gharqad iaitu pohon Yahudi.`
Wallahu a`lam
Wallahu yahdis sabiil.
Al fakir Ilallah.
12 .00 malam hari ahad 1 Nov.2009.
Link: http://akanmati.wordpress.com/2009/11/17/adakah-berlaku-kiamat-pada-2012-by-eramaya-com/sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-34195105303528555752012-04-27T09:32:00.000-07:002012-04-27T09:32:10.371-07:00Perjalanan hidup13Assalamualaikum,
Agak lama tak ada coretan di blog ini. Kesibukan dsn pelbagai alasan menjadi penyebab utama kegagalan utk menaip apa yg terbuku di hati, terpendam di jiwa dan berserabut di kepala. Tapi itu semua memang dah jadi asam garam kehidupan. Layan sahajalah...
Teringat akan sahabat sahabat yang telah habis belajar, yang telah bertunang, yang telah kawin, yang telah beranak pinak, yang telah berjaya dengan cemerlang, dan juga yang telah pergi menemui ilahi..
Semuanay menjadikan kehidupan kita penuh dengan suka dan duka. Tapi apa boleh buat, itu adalah rutin kehidupan kita. kita bertuah kerana kehidupan kita dengan hembusan udara yang dijadikan oleh Allah yang maha esa, dan kita tergolong di dalam golongan orang2 yang mengtauhidkanNYA.
Maka penuhilah segala peluang keemasan ini dengan sebaik baik nya supaya kita dapat kesejahteraan dunia dan akhirat.
sasham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-4335169744272380682012-02-05T09:22:00.000-08:002012-04-27T09:14:02.172-07:00perjalanan hidup12Malam makin layu dibuai mimpi. Mimpi2 yang bertandang, yang mengasyikkan si pemimpi.Aku masih lagi bersengkang mata, yang tak mau lelap, walaupun seluruh tubuhku letih seletih nya.maklumlah, siang tadi merayau2 di negeri bandaraya maju di Malaysia. Dua minggu lepas aku balik kampung. Kampungku yng indah permai,nyaman dan menyimpan seribu nostalgia. Nostalgia yang membuatkan aku menangis, ketawa dan riang ria. Tapi semuanya telah berlalu, yang ada hanya angin rindu menyelinap ke sanubariku. Yang kadangkala hilang, yang kadangkala menikam ke kalbu, yang tak mungkin akakn aku rasai lagi...<br />
<br />
Di sini, di sebuah tempat yang asing bagiku, perasaan itu masih lagi berlegar legar, berputar putar, dan kadangkala mengiang ngiang di fikiran..<br />
Aku mencari suatu kelainan di sini. Memang mengembirakan. Tapi juga mengimbau sejuta kenangan. Di situ, suatu masa dahulu, aku dan keluarga pernah datang menjengah, melihat tempat2 yang ada sejarahnya. Kini aku datang lagi untuk mengutip sisa sisa kenangan untuk aku jadikan sebuah puisi indah untuk aku tanamkan di jiwa ini agar dapat aku melempiasi erti rindu ku pada mereka....<br />
<br />
Esok, aku akan berlear legar lagi, mencari sesuatu yang aku pernah ada, walaupun aku tau, semuanya hanya satu kenangan yang tidak akan aku dapat ulangi semula...<br />
<br />
Yang pergi tetap pergi, tak akan kembali lagi...itu sudah pasti...<br />
<br />
sasham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-32481809499063282582011-12-15T09:40:00.000-08:002011-12-15T09:40:24.522-08:00perjalanan hidup11Assalamualaikum,<br />
Terasa begitu lama aku tidak menulis di ruang ini. Seperti yang sedia maklum, masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung Disember. Dan terimakasih kepada bloger yg sudi singgah di sini berkongsi kongsi pandangan.<br />
<br />
Kesibukan oleh tugas2 menyebabkan aku tiada ruang waktu untuk update. Makin banyak kerja yang perlu diselesaikan.Dan perancangan tahun depan perlu dirangka dari sekarang. Masa silih berganti begitu juga dengan rutin harian di samping dengan tugas tugas baru yang mencabar.Baki cuti berlambak yang tak sempat nak dinikmati..<br />
<br />
Walaupun sibuk, kita sepatutnya ambil kisah akan kejadia2 di sekitar kita ataupun di luar sana, di negara2 di seluruh dunia. Kesan2 dan kejadian2 yang berlaku semuanya adalah ketentuan dari Allah. Dan apa2 yang berlaku itu kita jadikan iktibar dan panduan untuk kita meneruskan kehidupan.<br />
<br />
Di sini saya ingin berkongsi artikel yang patut kita fikirkan dan amati bersesuaian dengan kejadian2 yang telah, sedang atau berkemungkinan berlaku di masa depan.<br />
<br />
<b>Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka <br />
</b> <br />
<br />
Oleh: Ed<br />
<br />
Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?<br />
<br />
<br />
<br />
Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.<br />
<br />
Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.<br />
<br />
Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.<br />
<br />
<b>Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?<br />
</b><br />
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6<br />
<br />
<br />
Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—<br />
<br />
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96<br />
<br />
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.<br />
<br />
Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?<br />
<br />
Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.<br />
<br />
<br />
<br />
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:<br />
<br />
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97<br />
<br />
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.<br />
<br />
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).<br />
<br />
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!<br />
<br />
Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:<br />
<br />
(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan<br />
<br />
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).<br />
<br />
(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.<br />
<br />
<b>Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?<br />
</b><br />
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 4<br />
<br />
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:<br />
<br />
“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” <br />
<br />
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. <br />
<br />
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98<br />
<br />
Ya’juj & Ma’juj adalah manusia<br />
<br />
1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.<br />
<br />
“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97<br />
<br />
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.<br />
<br />
2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.<br />
<br />
“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94<br />
<br />
“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33<br />
<br />
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.<br />
<br />
3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.<br />
<br />
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)<br />
<br />
Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.<br />
<br />
Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.<br />
<br />
4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka<br />
<br />
“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13<br />
<br />
Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.<br />
<br />
Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.<br />
<br />
<b>Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?<br />
</b><br />
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 5<br />
<br />
Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:<br />
a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)<br />
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia<br />
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus<br />
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia<br />
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates<br />
<br />
<br />
Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.<br />
<br />
<br />
<b>Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?<br />
</b><br />
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter<br />
<br />
Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.<br />
<br />
Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.<br />
<br />
<br />
Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan.Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.<br />
<br />
<b>Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?<br />
</b><br />
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 7<br />
<br />
Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?<br />
<br />
Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?<br />
<br />
Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:<br />
<br />
“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51<br />
<br />
Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.<br />
<br />
Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.<br />
<br />
Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?<br />
<br />
Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.<br />
<br />
Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.<br />
<br />
Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).<br />
<br />
Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.<br />
<br />
“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279<br />
<br />
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275<br />
<br />
<br />
<b>99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas</b><br />
<br />
Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.<br />
<br />
Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Agama? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Berhala? Pokok Nangka? Semut? Lebah? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi berkuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah.<br />
<br />
“..Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..” (18:29)<br />
<br />
“..sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian daripadanya..” (4:85)<br />
<br />
“..Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya..” (18:26)<br />
<br />
“..Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi (termasuk Malaysia), dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya..” (25:2)<br />
<br />
“Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan” (55:07)<br />
<br />
“Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan” (42:17)<br />
<br />
“dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan” (57:25)<br />
<br />
“Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)” (40:12)<br />
<br />
“Allah menerangkan, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (3:18)<br />
<br />
Bertanyalah: “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” (13:16)<br />
<br />
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi“. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..” (4:97)<br />
<br />
Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka” (14:30)<br />
<br />
Rakyat yang mengundi turut melakukan syirik. Ini kerana merakalah pihak yang merealisasikan kuasa yang membatalkan kuasa Allah. Mereka yang menjadi kakitangan kerajaan dan ahli politik mengamalkan syirik kerana bersumpah (semasa perlantikan) dan melaksanakan undang-undang sekular yang membatalkan kuasa Allah. Keseluruhan ini ditegaskan dengan ketiadaan pemakaian darurah bagi amalan syirik dan ayat yang jelas di dalam Al-Quran. (Rujukan lain: Secularism and its implications, Siapa Ulama Sejati?, Can Muslims Vote in Elections of the Modern Secular State?).<br />
<br />
Keterangan Surah Al-Baqarah dan amalan syirik di atas sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.<br />
<br />
Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.<br />
<br />
Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.<br />
<br />
Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:<br />
<br />
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)<br />
<br />
Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97<br />
<br />
Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97<br />
<br />
Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:<br />
<br />
“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36<br />
<br />
<b>Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?<br />
</b><br />
Jerusalem in the Quran<br />
<br />
Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:<br />
<br />
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:<br />
<br />
1 hari = Setahun<br />
<br />
1 hari = Sebulan<br />
<br />
1 hari = Seminggu<br />
<br />
37 hari = Seperti hari kita<br />
<br />
<br />
Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:<br />
<br />
1 hari = Setahun = British = Pound<br />
<br />
1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar<br />
<br />
1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)<br />
<br />
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata<br />
<br />
Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.<br />
<br />
<b>Sea of Galilea</b><br />
<br />
Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah bagi ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal).<br />
<br />
A lengthy hadith narrated by Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, and ad-Dhiyaa’, attributed to Abu Umamah, reports that the Prophet of Allah, sallallahu `alaihi wa sallam, said, “There will be three hard years before the Dajjal (appears). During them, people will be stricken by a great famine. In the first year, Allah will command the sky to withhold a third of its rain, and the earth to withhold a third a third of its produce. In the second year, Allah will command the sky to withhold two thirds of its rain, and the earth to withhold two thirds of its produce. In the third year, Allah will command the sky to withhold all of its rain, and it will not rain a single drop of rain. He will command the earth to withhold all of its produce, and no plant will grow. All hoofed animals will perish, except that which Allah wills.” He (sallallahu `alaihi wa sallam) was asked, ‘What sustains people during that time?’ He said, “Tahlil, takbir and tahmid (Saying, la ilaha ill Allah, Allahu Akbar and al-hamdulillah). This will sustain them just as food does.” [Sahih Al-Jami` as-Saghir, no. 7875]<br />
<br />
<br />
Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).<br />
<br />
<br />
Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj masih belum keluar, maka apakah penjelasan mereka air Sea of Galilea yang sepatutnya digunakan Ya’juj & Ma’juj telah menjadi kering sebelum kemunculan Ya’juj & Ma’juj itu sendiri?<br />
<br />
Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dsbnya.<br />
<br />
<br />
Huh? What does it mean to maintain "humanity" under 500 million?<br />
Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.<br />
<br />
<br />
Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.<br />
<br />
Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47<br />
<br />
“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47<br />
<br />
Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.<br />
<br />
“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5<br />
<br />
<br />
Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:<br />
<br />
1 hari = Setahun = 1,000 tahun<br />
<br />
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun<br />
<br />
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun<br />
<br />
Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:<br />
<br />
353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)<br />
<br />
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British<br />
<br />
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)<br />
<br />
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)<br />
<br />
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)<br />
<br />
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan<br />
<br />
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa<br />
<br />
Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.<br />
<br />
Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.<br />
<br />
<br />
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.<br />
<br />
(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.<br />
<br />
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15<br />
<br />
<b>Penutup</b><br />
<br />
Bantu sebarkan maklumat ini dan kasihani mereka dan keluarga yang mungkin mencari hidayah dan hendak beriman. Sesiapa mahu beriman boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk beriman. Sesiapa sekadar beriman dengan Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar) atau Ar-Rahman (Maha Pengasih), ketahuilah Allah itu Al-Ahad, dan oleh itu pada masa sama Allah swt juga adalah Al-Jabbar (Maha Memaksa), Al-Mudzillu (Maha Menghinakan), Al-Hakam (Maha Menghukum), Al-Adlu (Maha Adil), Al-Hasib (Maha Menghitung), dan Al-Muntaqim (Maha Menyeksa). Maka keluarlah daripada angan-angan tanpa amal sebenar (pengabdian) dan fikirkanlah situasi sebenar di akhirat apabila 99 sifat Allah swt dari asmaNya adalah satu. Allah swt itu Al-Ahad dan tiada yang menyamaiNya, itulah Allah swt sebenar-benarnya.<br />
<br />
Perbincangan sekadar bacaan kepada mereka ingin membuka minda, berkongsi dan mencari kebenaran. Tiada niat menghalang “kemajuan dan permodenan” kerana kesuntukan masa yang ada untuk persediaan peringkat akhir Gog & Magog World Order. Oleh itu masa yang ada lebih berfaedah digunakan menyelamatkan keimanan sendiri dari memikirkan menjawab alasan tidak pernah habis daripada yang tidak berminat untuk beriman.<br />
<br />
Selainnya dan kepada mereka yang bersungguh hendak beriman, ini panggilan terakhir membuat perubahan dan mereka mempunyai masa lebih kurang 1-25 tahun untuk bersungguh-sungguh bertaubat dari kesemua riba, amalan syirik sistem negara sekular, dan segala kemaksiatan. Masa yang ada untuk melatih dan betul-betul memperteguhkan keimanan bagi menghadapi zaman Dajjal. Mereka berusaha membentuk komuniti untuk berhijrah membina perkampungan yang membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam yang bebas daripada dosa-dosa besar. Mereka mengambil pelajaran dari Surah Al-Kahfi dan bergerak kepada perjuangan yang sama dari cerita Ashaab’ul-Kahfi.<br />
<br />
Wallahu a‘lam bish-shawab.<br />
<br />
.<br />
<br />
“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam:70<br />
<br />
“…Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu…”; Al-Quran: al-Maaidah:25<br />
<br />
“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39<br />
<br />
Petikan dari: http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/<br />
<br />
Maka fikir2kan dan fahami untuk perjalanan hidup kita yang semakin ke penghujung.<br />
<br />
sasham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-4169881135698617592011-10-26T14:56:00.000-07:002011-10-26T14:56:10.888-07:00perjalanan hidup10Assalamualaikum,<br />
Masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar dh nak habis tahun 2011. lebihkurang seminggu lagi akan menyambut hari raya Aidiladha. Adakan anda semua berkorban? Jika ada kesanggupan, berkorbanlah. Ianya akan memberi satu makna kepada kita jika ianya dilakukan. Untuk kebersihan diri dan harta serta amalan kita. Pengertian nya lebih lagi jika kita menghayati sejarah korban itu sendiri.<br />
<br />
So, selamat menyambut hari raya korban. Maaf jika ada kesilapan yang sengaja atau tidak, yang pernah dilakukan oleh saya selama menulis di ruang ini.<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-79541672126814276282011-09-04T17:34:00.000-07:002011-09-04T17:34:27.800-07:00perjalanan hidup9Agak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menamatkan puasa dan menyambut kejayaan bulan tersebut dengan riang dan gembira.<br />
<br />
Walaubagaimanapun kita berdoa agar kita dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun hadapan untuk kita menambahkan laagi amal ibadat kita. Dan antara bulan tersebut, marilah kita terus mengamalkan yang terbaik semoga kita semua di rahmati oleh Allah s.w.t.<br />
<br />
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN'<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-55212956705157171462011-08-21T09:42:00.000-07:002011-08-21T09:42:15.395-07:00perjalanan hidup8Salam, telah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Malam 10 terakhir sangat2 dinantikan kerana terdapat satu malam yang penuh keberkatan dan kelebihan iaitu malam lailatulqadar.<br />
Marilah kita baca dan hayati petikan di bawah agar kita sama2 merebut peluang keemasan ini.<br />
<br />
<br />
<b><b>LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN</b><br />
<br />
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. <br />
<br />
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".<br />
<br />
Sebab turun surah al-Qadr <br />
<br />
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. <br />
<br />
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.<br />
<br />
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.<br />
<br />
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut <br />
<br />
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" <br />
<br />
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. <br />
<br />
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."<br />
<br />
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar<br />
<br />
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.<br />
<br />
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. <br />
<br />
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. <br />
<br />
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: <br />
<br />
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."<br />
<br />
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.<br />
<br />
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.<br />
<br />
Doa khusus di Malam Lailatulqadar <br />
<br />
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut <br />
<br />
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. <br />
<br />
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut" <br />
<br />
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa <br />
<br />
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:<br />
<br />
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. <br />
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.<br />
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya. <br />
<br />
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.<br />
<br />
Tanda Malam Lailatulqadar <br />
<br />
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:<br />
<br />
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.<br />
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. <br />
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.<br />
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. <br />
<br />
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.<br />
<br />
petikan dari: http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html<br />
<br />
Selamat beribadat dan mendapat keberkatan.<br />
<br />
s.a<br />
<br />
sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-21948058091378404702011-08-06T09:06:00.000-07:002011-08-06T09:06:14.819-07:00perjalanan hidup7Alhamdulillah telah 6 hari kita berpuasa. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNYA kita dapat menjenguk bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan dan dapat menunaikan ibadat puasa dan berterawih serta yang lain2 yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan masyarakat.<br />
<br />
Saya ingin memetik dari artikel ini tentang kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama2 renungkan:-<br />
<br />
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN<br />
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.<br />
<br />
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang <br />
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-<br />
<br />
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-<br />
<br />
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,Muslim, Tarmizi, Abu Daud,Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-<br />
<br />
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan<br />
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-<br />
<br />
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi<br />
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-<br />
<br />
Petikan dari:- http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf<br />
<br />
Semoga mendapat ilmu dari apa yang diterangkan di atas.<br />
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan soleh untuk kesejahteraan dunia dan kenikmatan di akhirat. Ameen.<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-61291025931639493622011-07-08T02:26:00.000-07:002011-08-06T08:52:21.714-07:00perjalanan hidup6Aku terjaga dari tidur. Jarum jam menunjukkan pukul 2.03 minit pagi. Menandakan umurku telah setahun bertambah. Bahang panas terasa sedangkan kipas angin tak henti henti menghembuskan angin sejuk...<br />
<br />
Sekarang aku rasa gembira dan tak lagi risau. Alhamdulillah aku rasa sihat dari sebelum nya. Kali ini aku telah merancang perjalanan hidupku dengan lebih teratur.<br />
<br />
Wawasan 2020 aku hayati kembali. Jika umur mengizinkan aku ingin mencapai kejayaan yang lebih lagi.Segala persiapan sedang dan telah aku ambil. Aku ingin lupakan semua mimpi2 sedih dan gembira yang telah aku hadapi di masa lalu.<br />
<br />
Kita mesti akur akan semua hal yang telah berlaku pada kita. Baik gembira ataupun sedih. Ayuh semua kita teruskan perjuangan hidup kita dengan kesabaran dan tingkatkan ketabahan hati agar kejayaan yang ingin kita miliki tercapai.<br />
<br />
Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Tingkatkan keimanan di hati dan perkukuhkan amalan untuk menuju hari kemudian. Maaf jika selama ini aku ada tersilap kata dan perbuatan. Maaf dengan seikhlas hati...<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-12207794682504372402011-06-18T01:07:00.000-07:002011-06-18T10:21:56.847-07:00perjalanan hidup5Di luar jendela kelihatan embun jantan memenuhi ruang udara. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam. Kelihatan kesamaran lampu2 jalan yang sunyi dan sepi. Terlintas di hati ingin duduk di pangkal tiang tersebut sambil berselimut putih. Apa akan jadi jika ada yang pulang lewat dan melihat aku duduk di situ. Pasti lintang pukang larinya atau aku yang lintang pukang lari, jika di sapa oleh makhluk yang sebenarnya...he he he..<br />
<br />
Aku masih ingat pada umi. Yang akan sentiasa bertapak di hati. Terlalu banyak nostalgia bersama dengan dia. Terlalu banyak dosa dosa aku pada dia. Ingin sekali aku berada bersama dia di saat ini dan memohon ampun dan maaf atas segalanya. Sekatrang, ketika ini aku tertanya tanya di manakah dia. Bagaimana keadaan dia sekarang. Sihatkah? <br />
<br />
Aku benar benar merindui dia. Aku benar benar kehilangan dia. Aku benar benar telah berdosa dengan dia. Apa yang aku harus lakukan. Semua perjalanan hidup aku terasa lemah longlai. Tiada lagi ketawa manja dari dia. Tiada lagi senyum simpul dari dia.Tiada lagi rengekan manja dari dia. Di mana dia? Aku ditinggalkan begitu saja. Tanpa amaran dan bisikan. Tanpa teguran dan sapaan. Aku benar benar telah kehilangan dia...<br />
<br />
Aku masih menyintaimu hingga akhir hayatku. Semoga umi berbahagia dan berjaya dalam kehidupan yang makin mencabar ini di samping dia yang dicintai... <br />
<br />
Ketahuilah bahawa aku tetap menyanyangi mu hingga ke akhir hayat...Maafkan segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki...maafkan...sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-60624736256567113962011-06-14T01:31:00.000-07:002011-06-14T09:53:26.540-07:00perjalanan hidup4Larut malam dh menjengah dinahari. Di luar sunyi sepi. Samar samar dengan cahaya lampu jalan. Mata tak nak tidur tapi badan rasa letih. Payah nak melelapkan mata. Sindrom penyakit zaman sekarang. Tapi bila dah lelap payah pula nak bangun subuh. Kena set jam untuk tolong kejutkan waktu subuh. Kegunaan jam di 'handphone' selain untuk urusan harian.<br />
<br />
Urusan kerja tak pernah habis. Perancangan untuk bulan depan dah ada. Bila disemak, cuti tahunan masih banyak. Tak sempat nak digunakan. Kalau guna pun menyelit antara hari yang dah sedia cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad.<br />
<br />
Kelekaan kerja membuatkan tak sedar usia makin dekat dengan penghujung. Seminggu rasa macam sehari bila tiba hari Jumaat. Rasa baru lagi awal tahun yang dah berlalu hampir lima bulan lebih. Itulah realiti dunia sekarang. Terasa begitu pantas putaran alam ini. Mungkin fasa terakhir dunia sedang ditempuhi...<br />
<br />
Kadang kadang terfikir akan kehidupan silam yang telah ditempuhi. Masa gembira, sedih, riang, seronok dan sunyi. Teringat pada teman sahabat keluarga yang ditinggal pergi. Detik detik yang kita tak dapat lalui kembali.Hanya menjadi memori dikala keseorangan...<br />
<br />
Walauapapun, perjalanan hidup perlu diteruskan. Watak dan aksi akan terus dipentaskan di layar impian. Pandai atau tidak sahaja yang membawa kita kepada kejayaan sesuatu lakonan tersebut, dan watak2 baru akan muncul dengan pelakun2 yang baru hingga tamat sebuah riwayat yang akan silih berganti hingga akhir nanti..<br />
<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-90477922118752042572011-05-22T22:22:00.000-07:002011-05-22T22:24:40.168-07:00perjalanan hidup3Aduss, letihnya lah. Sebab itu cuti sehari. Bila aku merayau rayau ke blog seseorang yang aku sentiasa ingat, terdengar lagu oleh Fauziah Latiff yang begitu menusuk kalbu. Sampai tak sedar airmataku terlerai...<br />
<br />
Tak tertahan rasanya, tapi apakan daya aku hanya insan biasa. Demi untuk kebahagian dia aku mengundur diri. memang betul kata2 dari liriknya, Hanya tuhan yang tahu....<br />
<br />
Tapi percayalah, cintaku sentiasa di sanubari ini, takkan pudar sampai aku menutup mata...<br />
<br />
Jiwangnya aku ini. Tapi aku tak dapat nak tipu diri aku sendiri. Baru baru ini aku timbang berat badanku. Terkejut juga, susut begitu banyak. Tapi apakan daya ianya telah memakan diri aku. Ubat telah aku makan. Segala ikhtiar aku telah buat, so bertawakkal ajelah...<br />
<br />
Apa Sebenarnya..<br />
(by Fauziah Latiff)<br />
<br />
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu<br />
Akan aku berlalu bila tiba saat itu<br />
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku<br />
Kerana yang berlalu kehendakmu<br />
<br />
*Hanya tuhan yang lebih tahu<br />
Susah senang hidup dengan mu<br />
Sumpah janji semakin layu<br />
Hingga kini jatuh satu persatu<br />
Engkau membiarkan ku<br />
<br />
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu<br />
Menemani hatiku tidak mengira ruang waktu<br />
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku<br />
Kehadiranku ini menyusahkan<br />
<br />
Yang terhalang kejujuranku<br />
Dan yang terbilang kesilapanku<br />
Memang payah dimengertikan<br />
kerana tertutup pintu hati mu<br />
<br />
Terima penjelasan<br />
Biar apa jua tafsiran<br />
Yang ingin kau nyatakan<br />
Aku rela terima semua....<br />
<br />
Ulang *<br />
<br />
<br />
<a href="http://www.youtube.com/watch?v=RcOx_rzV1RU&feature=related"></a><br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-32655877877690583142011-05-14T14:23:00.000-07:002011-05-14T14:40:03.734-07:00Perjalanan Hidup2Percaya tak anda pada mimpi? Orang kata mimpi hanya permainan tidur. Ada yang kata mimpi memang menjadi kenyataan. Ada buku yang memberi taksiran mimpi. Percaya atau tidak, terpulang..<br />
<br />
Pagi ini aku terbangun awal. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku dikejutkan oleh mimpi. Mimpi berjumpa dengan orang yang telah tiada. Yang telah pergi ke hadrat Illahi. Kerinduan terubat jua..<br />
<br />
Juga mimpi berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan sekeping hati di dalam hati ini. Mimpi yang menyeronokkan. Tapi apabila tersedar tiada lagi keseronokan tersebut. Yang tinggal hanya kesedihan...<br />
<br />
Itulah salah satu asam garam kehidupan. Mimpi yang menggamit seribu nostalgia dalam kehidupan. Jika kita amat rindu pada seseorang, kemungkinan bermimpi akan dia adalah cerah. Kadang kadang ianya membuatkan rindu kita terubat.<br />
<br />
Apa apa pun mimpi itu berkisar, ianya adalah pelengkap kepada tidur. Tanpa mimpi, tidur boleh jadi nyenyak atau kosong tanpa penghibur...<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-40811768847839873802011-05-09T09:05:00.000-07:002011-05-09T09:13:59.453-07:00perjalanan hidup1..Bahang panas terasa begitu hangat sekali. Malam begini sepatutnya sejuk dengan udara yang bertiup nyaman tapi bertukar menjadi panas...Apatah lagi di siang hari, matahari memancarkan cahaya dan mengeluarkan haba yang agak tinggi..Keluhan demi keluhan dari makhluk yang berada di bumi begitu ketara sekali.<br />
<br />
Aku tidak lepas dari merasakan bahang panas yang semakin hari semakin meningkat. di siang hari, di tempat kerja bolehlah bertahan kerana bilik yang ada penghawa dingin. rasa tak nak keluar dari bilik tersebut. Apabila balik ke rumah, mulalah haba yang tersimpan di siang hari, beransur ansur meresap keluar membuatkan bahangnya terasa...kipas bukan satu tapi dua...tak henti henti berputar memberi khidmat kepada tuannya.<br />
<br />
Kerja makin hari makin banyak. Tidak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Cita cita telah tercapai tapi ada lagi kekurangan dalam diri ini, iaitu penghayatan untuk mengabadikan diri pada Illahi sementara nafas masih dihela setiap saat..setiap minit..setiap jam..dan setiap hari..<br />
<br />
Perasaan takut menghantui diri ketika mengenangkan peristiwa yang lalu..Tapi sementara waktu masih ada, peluang masih ujud, kederat masih gagah, aku bertekad untuk menimba sebanyak mungkin ilmu akhirat untuk menjadi bekalan ketika ajal menjemput yang kita tidak tahu waktu nya..<br />
<br />
Peristiwa demi peristiwa berlaku saban hari dan memang jelas nyata bahawa, masa semakin hampir untuk bertemu Illahi, yang memang manusia takut untuk memikirkannya. Sementara kita berusaha untuk kehidupan duniawi, sepatutnya kita sulami dengan menuntuk dan mengamalkan keperluan rohani agar hidup kita akan tenang sementara menghabiskan sisa2 hidup ini.<br />
<br />
Janganlah kita mengikut sangat akan telatah orang yang tidak mengtauhidkan Allah dan agama Islam kerana memang kerja mereka untuk mengkhayalkan dan melekakan kita. Hiburan memang perlu tapi hadkan dengan batas2 tertentu..<br />
<br />
Firman Allah yang bermaksud..<br />
'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...'<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-55858159167414375142011-05-06T10:19:00.000-07:002011-05-06T10:19:26.516-07:00Perjalanan hidup..Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ingatan pada kandungan buku yang aku baca tadi masih menebal di sanubari. Ingin aku berkongsi ilmu yang ada di dalam nya. Ianya adalah berkisar kepada perjalanan hidup kita yang semakin hari semakin hampir dengan penghujungnya. Jika tidak kehancuran yang besar dan berakhir sebuah kehidupan dunia, kehancuran kecil iaitu mati itu sendiri.<br />
<br />
Buku tersebut bertajuk MALAPETAKA bakal Menimpa MENJELANG KIAMAT oleh Ibnu Kathir, cetakan kedua 2004. Di dalamnya banyak diceritakan tanda tanda kecil dan besar semenjak kewafatan nabi kita s.a.w hingga ke hari ini dan seterusnya ke suatu hari yang kita semua tidak tahu dengan tepat, tetapi tanda2 yang disebutkan sedang berlaku dan kita wajib mengambil langkah berjaga jaga supaya kita tidak terjerumus ke jalan yang sesat.<br />
<br />
Ini membuatkan aku teringat akan kesalahan aku dan dosa2 yang pernah aku buat. Begitu menakutkan jika kita amati akan tanda tanda tersebut yang jelas nyata berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. antaranya ialah gerhana matahari, kejatuhan Iraq, fitnah yang berleluasa dan banyak lagi yang mungkin secara tidak disedari telah berlaku.<br />
<br />
Sebagai umat Islam yang beriman, perlulah kita berwaspada sentiasa dan menguatkan lagi iman kita untuk menghadapi situasi yang tidak kita jangkakan di masa akan datang. Paling tidak, kiamat yang berlaku ke atas diri kita sendiri iaitu mati. Telah banyakkah bekalan untuk kita bawa ke sana? cukupkah amalan kita? dan banyak lagi yang kita perlu sediakan dan amalkan.<br />
<br />
"Akan tiba suatu masa nanti di mana manusia akan tidur dan apabila jaga untuk menanti fajar, masih lagi berkeadaan malam, dan mereka tidur lagi sehingga matahari terbit dari barat, di waktu itu tiada lagi taubat yang akan di terima.."-salah satu petikan dari buku tersebut.<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-53191944245411945172011-04-22T08:57:00.000-07:002011-04-22T09:01:51.148-07:00Just to share..Waiting For The End<br />
(Linkin Park) <br />
<br />
This is not the end <br />
This is not the beginning, <br />
Just a voice like a riot <br />
Rocking every revision <br />
But you listen to the tone <br />
And the violent rhythm <br />
Though the words sound steady <br />
Something empty's within 'em <br />
<br />
We say Yeah! <br />
With fists flying up in the air <br />
Like we're holding onto something <br />
That's invisible there, <br />
'Cause we're living at the mercy of <br />
The pain and the fear <br />
Until we dead it, Forget it, <br />
Let it all disappear. <br />
<br />
Waiting for the end to come <br />
Wishing I had strength to stand <br />
This is not what I had planned <br />
It's out of my control.... <br />
<br />
Flying at the speed of light <br />
Thoughts were spinning in my head <br />
So many things were left unsaid <br />
It's hard to let you go... <br />
<br />
(Oh!) I know what it takes to move on, <br />
I know how it feels to lie, <br />
All I wanna do <br />
Is trade this life for something new <br />
Holding on to what I haven't got <br />
<br />
Sitting in an empty room <br />
Trying to forget the past <br />
This was never meant to last, <br />
I wish it wasn't so... <br />
<br />
(Oh!) I know what it takes to move on, <br />
<br />
<br />
I know how it feels to lie, <br />
All I wanna do <br />
Is trade this life for something new <br />
Holding on to what I haven't got <br />
<br />
What was left when that fire was gone? <br />
I thought it felt right but that right was wrong <br />
All caught up in the eye of the storm <br />
And trying to figure out what it's like moving on <br />
And i don't even know what kind of things I've said <br />
My mouth kept moving and my mind went dead <br />
So, picking up the pieces, now where to begin? <br />
The hardest part of ending Is starting again!! <br />
<br />
All I wanna do <br />
Is trade this life for something new <br />
Holding on to what i haven't got... <br />
<br />
This is not the end <br />
This is not the beginning, <br />
Just a voice like a riot <br />
Rocking every revision <br />
But you listen to the tone <br />
And the violet rhythm <br />
Though the words sound steady <br />
Something empty's within 'em <br />
(Holding on to what i haven't got) <br />
<br />
We say Yeah! <br />
With fists flying up in the air <br />
Like we're holding onto something <br />
That's invisible there, <br />
'Cause we're living at the mercy of <br />
The pain and the fear <br />
Until we dead it, Forget it, <br />
Let it all disappear <br />
(Holding on to what i haven't got!)<br />
<br />
<br />
[ From: http://www.metrolyrics.com/waiting-for-the-end-lyrics-linkin-park.html ]sham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-73537231447323843422011-04-17T10:24:00.000-07:002011-04-17T10:27:05.316-07:00Ruang waktu...Jam melewati pukul 1 pagi. Dua hari berlalu bagaikan sesaat. Fikiranku kosong. Semua yang dilakukan serba tak kena. Jiwaku sunyi. Sepi. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi senyum manis. Tiada lagi sendu tangis.Adakah ini tanda tanda kesepian? <br />
<br />
Aku menghirup 'green tea' yang menjadi kesukaanku sejak pulang ke tanahair. Aku mesti minum dan ia membuatkan aku lena dengan mimpi mimpi kosong.Aku seakan begitu sibuk dengan tugasan yang memenuhi ruang waktu hidupku.Minggu depan sibuk dengan pembentangan projek sarjana dan sarjana muda. Aku terlibat.Minggu berikutnya aku ke KL. Seminggu juga. Lepas itu sibuk dengan peperiksaan. Kemudian terlibat dengan seminar. Macam robot.<br />
<br />
Lepas itu pelajar cuti hampir tiga bulan lebih. Aku macamana? Dah semestinya banyak lagi tugas2 menunggu: kursus, seminar, projek, perundingan, penyediaan modul, penulisan dll yang cukup sinonim dengan dunia pengajaran dan pembelajaran.<br />
<br />
Jika diamati, masa berjalan kehadapan dengan pantas. Begitu juga nyawa, semakin hampir dengan ajal. Itulah yang paling aku takuti. Telah banyak dosa dan perbuatan tak baik yang telah aku lakukan. Sedar atau tak sedar.<br />
<br />
Aku ingin sekali mendekatkan diri dengan illahi, agar segala salah dan silapku dapat diampuni..terutama dengan orang yang telah aku sakiti....dengan kedua ibubapaku, aku terlewat...yang ada dengan keluarga dan sahabat handai...dengan teman istimewa...maafkan aku, yang tidak berdaya lagi ini...ampunkan aku..dari hujung rambut sampai hujung kaki....bukan niat untuk aku menyakiti..tapi aku hanyalah insan yang lemah, yang tidak mampu untuk memenuhi segala janjiku...<br />
<br />
maaf...<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3641383154610439163.post-79817055422873717262011-04-13T10:27:00.000-07:002011-04-13T10:27:30.059-07:00Suatu waktu dahulu...Malam ini terasa begitu sunyi dan sepi..tidak kedengaran suara cengkerik yang gemersik mengalunkan lagu rindu buat sang kekasih, yang kedengaran hanyalah lolongan sang anjing yang sayup sayup kedengaran seolah olah meratapi sesuatu...Begitu sayu lagaknya...Aku hanya melayan diriku dengan mencari lagu lagu yang mengimbau kenangan lalu...sambil menyiapkan tugasan kerja yang tak pernah ada noktahnya.....<br />
<br />
Aku suka melayan lagu lagu penyanyi dari seberang di samping penyanyi2 popular tempatan...Banyak lagu2 yang merdu yang banyak kenangan silam disebalik lagu tersebut..Kadang kadang di masa lalu kita tidak mengerti akan lagu tersebut dan apabila dewasa, tak kala terdengar lagu tersebut seolah olah ada kenanga yang samar samar antara ingat dan lupa...begitulah lumrah manusia... <br />
<br />
'Ketika ini..suatu waktu dahulu..ku ke sini denganmu....' nyanyian Dwen begitu menusuk kalbu..ingatan2 di masa lalu membuatkan aku terhenti sejenak dari kerjaku....Nyanyian2 Dwen begitu menusuk kalbu...antara ingat dan lupa ketika zaman persekolahan dahulu....<br />
<br />
emmm...begitu bnyak lagu2 yang merdu dan mengasyikkan..sampai boleh jadi lalai...tapi aku masih ingat akan tujuan hidup sebenar....perjalanan aku masih jauh jika umur mengizinkan, jika kudrat masih lagi ada...sambil mendengar, aku menyiapkan kerjaku dan rutin ini akan berterusan sampai akhir satu nokhtah...<br />
<br />
kehidupan perlu diteruskan dengan niat yang suci, dengan matlamat yang jelas...tidak salah jika kita berundur diri, jika kita tahu itu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain....<br />
<br />
ok, mata dah ngantuk....sampai di sini dulu coretan ku..entah bila pula aku akan mencoretkan pengalamanku di sini, blog yang tak pernah mengenal erti kegagalan, erti sebuah percintaan dan erti sebuah persahabatan.....yang ada hanyalah sebuah penantian....full stop.<br />
<br />
s.asham_armahttp://www.blogger.com/profile/09478772197608519935noreply@blogger.com0