Friday 6 May 2011

Perjalanan hidup..

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ingatan pada kandungan buku yang aku baca tadi masih menebal di sanubari. Ingin aku berkongsi ilmu yang ada di dalam nya. Ianya adalah berkisar kepada perjalanan hidup kita yang semakin hari semakin hampir dengan penghujungnya. Jika tidak kehancuran yang besar dan berakhir sebuah kehidupan dunia, kehancuran kecil iaitu mati itu sendiri.

Buku tersebut bertajuk MALAPETAKA bakal Menimpa MENJELANG KIAMAT oleh Ibnu Kathir, cetakan kedua 2004. Di dalamnya banyak diceritakan tanda tanda kecil dan besar semenjak kewafatan nabi kita s.a.w hingga ke hari ini dan seterusnya ke suatu hari yang kita semua tidak tahu dengan tepat, tetapi tanda2 yang disebutkan sedang berlaku dan kita wajib mengambil langkah berjaga jaga supaya kita tidak terjerumus ke jalan yang sesat.

Ini membuatkan aku teringat akan kesalahan aku dan dosa2 yang pernah aku buat. Begitu menakutkan jika kita amati akan tanda tanda tersebut yang jelas nyata berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. antaranya ialah gerhana matahari, kejatuhan Iraq, fitnah yang berleluasa dan banyak lagi yang mungkin secara tidak disedari telah berlaku.

Sebagai umat Islam yang beriman, perlulah kita berwaspada sentiasa dan menguatkan lagi iman kita untuk menghadapi situasi yang tidak kita jangkakan di masa akan datang. Paling tidak, kiamat yang berlaku ke atas diri kita sendiri iaitu mati. Telah banyakkah bekalan untuk kita bawa ke sana? cukupkah amalan kita? dan banyak lagi yang kita perlu sediakan dan amalkan.

"Akan tiba suatu masa nanti di mana manusia akan tidur dan apabila jaga untuk menanti fajar, masih lagi berkeadaan malam, dan mereka tidur lagi sehingga matahari terbit dari barat, di waktu itu tiada lagi taubat yang akan di terima.."-salah satu petikan dari buku tersebut.

s.a

No comments:

Post a Comment