Wednesday 28 October 2009

Halloween time...


Salam,

Bersua kembali setelah mogok seketika kerana kepala dah berpusing..Entah keberapa darjah dah kepala nie berpusing-pusing hinggalah pada saat menulis ini, masalah aku tu dapat diselesaikan...Ahhh..lega rasanya..

Baru lah tersedar yang kaum2 yang berada di sekeliling akan menyambut malam halloween....kerana tiap2 malam kepala ini dipekakkan dengan bunyi2 bunga api yang sahut menyahut lagak orang orang kat Malaysia menyambut hari raya dan orang orang Cina menyambut tahun Baru.

Pernah satu ketika mula-mula datang ke sini, sekumpulan anak2 remaja datang mengetuk pintu dan dengan sopannya aku membuka pintu. Alangkah terkejutnya, kerana yang mengetuk tersebut adalah 'hantu-hantu' yang menakutkan, yang meminta coklat...Ahh....terasa juga degupan jantung bergetar kerana terperanjat. Tapi sebagai seorang yang macho, cepat2 menyenbunyikan perasaan tersebut dan bertanya apa yang mereka mahukan...? Mereka hanya meminta coklat. Itu saja...Mana nak ada coklat pada masa tu sebab baru sahaja datang, so mereka pergi dengan hampa...

Imbauan tersebut seringkali bermain2 di kepala apabila terdengar bunyi letupan bunga api, dan sedar tak sedar dah menjangkau 3 tahun rupanya aku di sini...

Azam aku kali ini ialah untuk balik dengan segera dan menamatkan pencarian aku di sini kerana aku tahu di hadapan sana masih ada banyak perkara yang aku perlu lakukan. Tahun demi tahun berlalu, dan halloween tetap akan datang dan pergi seperti mana kita manusia di bumi ini yang saban hari ada yang lahir dan ada yang pergi untuk selama lamanya. Walauapapun tujuan sambutan Halloween tersebut, sebagai manusia kita harus ingat bahawa kita lahir ke dunia ini adalah untuk menjadi khalifah dan menegakkan Agama Islam yang maha suci..


sekian jumpa lagi..


s_a


2 comments:

  1. wahh..maken aktif skrg menulis blog? good2. keep it up bro! selamat menulis. =)

    ReplyDelete
  2. Salam, welcome to my caca-marba blogs, yg menjadi tempat released tension bila kepala dah berpusing ligat...but not too active like you...:)

    ReplyDelete