Salam, telah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Malam 10 terakhir sangat2 dinantikan kerana terdapat satu malam yang penuh keberkatan dan kelebihan iaitu malam lailatulqadar.
Marilah kita baca dan hayati petikan di bawah agar kita sama2 merebut peluang keemasan ini.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
petikan dari: http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html
Selamat beribadat dan mendapat keberkatan.
s.a
Sunday, 21 August 2011
Saturday, 6 August 2011
perjalanan hidup7
Alhamdulillah telah 6 hari kita berpuasa. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNYA kita dapat menjenguk bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan dan dapat menunaikan ibadat puasa dan berterawih serta yang lain2 yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan masyarakat.
Saya ingin memetik dari artikel ini tentang kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama2 renungkan:-
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,Muslim, Tarmizi, Abu Daud,Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Petikan dari:- http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf
Semoga mendapat ilmu dari apa yang diterangkan di atas.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan soleh untuk kesejahteraan dunia dan kenikmatan di akhirat. Ameen.

Friday, 8 July 2011
perjalanan hidup6
Aku terjaga dari tidur. Jarum jam menunjukkan pukul 2.03 minit pagi. Menandakan umurku telah setahun bertambah. Bahang panas terasa sedangkan kipas angin tak henti henti menghembuskan angin sejuk...
Sekarang aku rasa gembira dan tak lagi risau. Alhamdulillah aku rasa sihat dari sebelum nya. Kali ini aku telah merancang perjalanan hidupku dengan lebih teratur.
Wawasan 2020 aku hayati kembali. Jika umur mengizinkan aku ingin mencapai kejayaan yang lebih lagi.Segala persiapan sedang dan telah aku ambil. Aku ingin lupakan semua mimpi2 sedih dan gembira yang telah aku hadapi di masa lalu.
Kita mesti akur akan semua hal yang telah berlaku pada kita. Baik gembira ataupun sedih. Ayuh semua kita teruskan perjuangan hidup kita dengan kesabaran dan tingkatkan ketabahan hati agar kejayaan yang ingin kita miliki tercapai.
Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Tingkatkan keimanan di hati dan perkukuhkan amalan untuk menuju hari kemudian. Maaf jika selama ini aku ada tersilap kata dan perbuatan. Maaf dengan seikhlas hati...

Saturday, 18 June 2011
perjalanan hidup5
Di luar jendela kelihatan embun jantan memenuhi ruang udara. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam. Kelihatan kesamaran lampu2 jalan yang sunyi dan sepi. Terlintas di hati ingin duduk di pangkal tiang tersebut sambil berselimut putih. Apa akan jadi jika ada yang pulang lewat dan melihat aku duduk di situ. Pasti lintang pukang larinya atau aku yang lintang pukang lari, jika di sapa oleh makhluk yang sebenarnya...he he he..
Aku masih ingat pada umi. Yang akan sentiasa bertapak di hati. Terlalu banyak nostalgia bersama dengan dia. Terlalu banyak dosa dosa aku pada dia. Ingin sekali aku berada bersama dia di saat ini dan memohon ampun dan maaf atas segalanya. Sekatrang, ketika ini aku tertanya tanya di manakah dia. Bagaimana keadaan dia sekarang. Sihatkah?
Aku benar benar merindui dia. Aku benar benar kehilangan dia. Aku benar benar telah berdosa dengan dia. Apa yang aku harus lakukan. Semua perjalanan hidup aku terasa lemah longlai. Tiada lagi ketawa manja dari dia. Tiada lagi senyum simpul dari dia.Tiada lagi rengekan manja dari dia. Di mana dia? Aku ditinggalkan begitu saja. Tanpa amaran dan bisikan. Tanpa teguran dan sapaan. Aku benar benar telah kehilangan dia...
Aku masih menyintaimu hingga akhir hayatku. Semoga umi berbahagia dan berjaya dalam kehidupan yang makin mencabar ini di samping dia yang dicintai...
Ketahuilah bahawa aku tetap menyanyangi mu hingga ke akhir hayat...Maafkan segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki...maafkan...

Tuesday, 14 June 2011
perjalanan hidup4
Larut malam dh menjengah dinahari. Di luar sunyi sepi. Samar samar dengan cahaya lampu jalan. Mata tak nak tidur tapi badan rasa letih. Payah nak melelapkan mata. Sindrom penyakit zaman sekarang. Tapi bila dah lelap payah pula nak bangun subuh. Kena set jam untuk tolong kejutkan waktu subuh. Kegunaan jam di 'handphone' selain untuk urusan harian.
Urusan kerja tak pernah habis. Perancangan untuk bulan depan dah ada. Bila disemak, cuti tahunan masih banyak. Tak sempat nak digunakan. Kalau guna pun menyelit antara hari yang dah sedia cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad.
Kelekaan kerja membuatkan tak sedar usia makin dekat dengan penghujung. Seminggu rasa macam sehari bila tiba hari Jumaat. Rasa baru lagi awal tahun yang dah berlalu hampir lima bulan lebih. Itulah realiti dunia sekarang. Terasa begitu pantas putaran alam ini. Mungkin fasa terakhir dunia sedang ditempuhi...
Kadang kadang terfikir akan kehidupan silam yang telah ditempuhi. Masa gembira, sedih, riang, seronok dan sunyi. Teringat pada teman sahabat keluarga yang ditinggal pergi. Detik detik yang kita tak dapat lalui kembali.Hanya menjadi memori dikala keseorangan...
Walauapapun, perjalanan hidup perlu diteruskan. Watak dan aksi akan terus dipentaskan di layar impian. Pandai atau tidak sahaja yang membawa kita kepada kejayaan sesuatu lakonan tersebut, dan watak2 baru akan muncul dengan pelakun2 yang baru hingga tamat sebuah riwayat yang akan silih berganti hingga akhir nanti..

Sunday, 22 May 2011
perjalanan hidup3
Aduss, letihnya lah. Sebab itu cuti sehari. Bila aku merayau rayau ke blog seseorang yang aku sentiasa ingat, terdengar lagu oleh Fauziah Latiff yang begitu menusuk kalbu. Sampai tak sedar airmataku terlerai...
Tak tertahan rasanya, tapi apakan daya aku hanya insan biasa. Demi untuk kebahagian dia aku mengundur diri. memang betul kata2 dari liriknya, Hanya tuhan yang tahu....
Tapi percayalah, cintaku sentiasa di sanubari ini, takkan pudar sampai aku menutup mata...
Jiwangnya aku ini. Tapi aku tak dapat nak tipu diri aku sendiri. Baru baru ini aku timbang berat badanku. Terkejut juga, susut begitu banyak. Tapi apakan daya ianya telah memakan diri aku. Ubat telah aku makan. Segala ikhtiar aku telah buat, so bertawakkal ajelah...
Apa Sebenarnya..
(by Fauziah Latiff)
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu
*Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan
Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....
Ulang *

Saturday, 14 May 2011
Perjalanan Hidup2
Percaya tak anda pada mimpi? Orang kata mimpi hanya permainan tidur. Ada yang kata mimpi memang menjadi kenyataan. Ada buku yang memberi taksiran mimpi. Percaya atau tidak, terpulang..
Pagi ini aku terbangun awal. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku dikejutkan oleh mimpi. Mimpi berjumpa dengan orang yang telah tiada. Yang telah pergi ke hadrat Illahi. Kerinduan terubat jua..
Juga mimpi berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan sekeping hati di dalam hati ini. Mimpi yang menyeronokkan. Tapi apabila tersedar tiada lagi keseronokan tersebut. Yang tinggal hanya kesedihan...
Itulah salah satu asam garam kehidupan. Mimpi yang menggamit seribu nostalgia dalam kehidupan. Jika kita amat rindu pada seseorang, kemungkinan bermimpi akan dia adalah cerah. Kadang kadang ianya membuatkan rindu kita terubat.
Apa apa pun mimpi itu berkisar, ianya adalah pelengkap kepada tidur. Tanpa mimpi, tidur boleh jadi nyenyak atau kosong tanpa penghibur...

Subscribe to:
Posts (Atom)