Friday 4 April 2014

perjalanan hidup19

Assalamualaikum, Di kesempatan ini, dapat lagi saya menulis di ruangan ini walaupun sibuk dengan tugas seharian. Pelbagai berita dan kejadian sedih berlaku di seluruh dunia terutama di negara kita yang dicintai ini dengan kehilangan MH370 yang belum ditemui. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat, kesedihan anda semua turut dirasai oleh semua rakyat Malaysia yang bersimpati. Semoga usaha yang dijalankan akan mendapat jawapan dengan segera, dengan izinNYA. Sunyinya dirasai di kediaman ini. Telah ramai yang lelap. Telah ramai yang diulit mimpi2 indah, jua mimpi2 yang meresahkan....Terasa gembira juga bila lari dari kesibukan tugas2 yang sentiasa perlu diselesaikan. Siang tadi ramai yang bercuti membawa keluarga bermain main di daerah ini. Sempat juga saya meronda ronda di pantai juga di pekan kecil di sini. Ada yang bermain main di tepi laut, ada yang mandi mandian di gigi air laut, ada yang berborak borak bersama rakan taulan, dan penjual aiskrim juga tidak kurang sibuknya melayan pelanggan yang kepanasan. Lepas makan malam tadi sempat saya melihat karenah pengunjung2 di tempat ini makan2 dan minum sambil mendengar alunan musik dan lagu masih segar2 belaka. Sempat saya berbual bual dengan pemusik tersebut. Umurnya yang lanjut tetapi suaranya masih merdu sesuai dengan kefasihannya menyanyi dwibahasa. Sekali sekala mereka menjemput tetamu untuk mendendangkan lagu yang mereka tahu. Inilah salah satu ragam kehidupan di daerah ini yang mengisi aktiviti mereka. Esok pagi saya akan berkemas untuk pulang semula ke tempat saya berkerja. Banyak yang saya dapat bila berada di sini. Yang pasti saya masih lagi tak dapat untuk membawa kembali nostalgia lama kehidupan yang mengembirakan di suatu masa yang lalu... Itulah perkara yang kita tak akan dapat sampai bila2..masa yang lalu yang telah kita lalui....tetapi dengan menjadikan ia sebagai panduan hidup...masa yang akan datang kita perlu penuhi dengan sebaik baiknya..Tiada lagi kekecewaan, tiada lagi kesedihan, tiada lagi kekesalan...yang perlu ada adalah kekuatan, keberanian, keimanan dan kejayaan untuk kita lebih tabah di dalam kehidupan ini... Selamat malam....