Tuesday 18 February 2014

perjalanan hidup18

'Rahsia ini, telah lama aku pendamkan...tiba masanya..kau cari teman penganti....blablabla...' Terasa sayu juga mendengar lagu tersebut...melayan sinar fm yang tak jemu2 ke udara... berbagai rentak dan lagu saban hari berkumandang ke udara...telinga sahaja yang tahan atau tak untuk mendengarkan nya.. 2014 berlalu begitu pantas..terasa sebulan macam seminggu sahaja...mungkin ini juga dirasakan oleh semua orang, atau hanya aku sahaja yang merasakannya...tapi masing2 perlu akur dengan apa yang terjadi semasa hayat kita ini... perancangan kerja adalah langkah paling penting untuk kita terus maju melangkah ke hadapan, jangan kita fikir untuk ketinggalan di belakang. skop kerja kita dan objektif yang kita tetapkan perlu diselarikan dengan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.. halangan dan rintangan perlu diatasi untuk melancarkan kerja tersebut.. apabila telah berjaya, bersyukurlah dengan apa yang kita capai... langkah seterusnya, adakah kejayaan itu sampai di penghujungnya atau kita masih boleh terus mengembangkannya menjadi lebih hebat?... Apa yang penting ialah sentiasa melihat sekeliling dan menimba ilmu yang berkaitan untuk melancarkan lagi perjalanan hidup dan mendapat kejayaan yang lebih baik... emmm..mata dah mula mengantuk....dah menguap banyak kali...maklumlah bila membaca buku2 motivasi, mata memang benci utk menyokong hasrat hati... ......'aku tau ini semua tak adil..aku tau ini semua........' adusss..makin jiwang2 lagu berkumandang.....layan sahaja lah... tapi sebelum tidur, pastikan baca Al Fatihah, ayatul kursi dan jangan lupa membaca kalimah sahadah...sebab tidur itu adalah mati yang kecil....kalu panjang umur, esok jaga lagiii..kalau tak, sampai di situ sahaja...Assalamualaikum...

Wednesday 5 February 2014

perjalanan hidup17

Assalamualaikum, Memang dah lama tak update kisah hidup saya di sini. Bukan apa, sibuk memanjang dan juga lupa katalaluan..hehe Walauapapun alasannya, saya tetap akan menulis di blog ini biarpun memakan masa yang lama untuk muncul... Bertahun berlalu, kehidupan makin menjanjikan segala macam dugaan dan halangan maupun kejayaan. Itu tidak dapat lari dari kehidupan kita yang semakin hamper dengan kematian atau penamat hidup di dunia ini. Kepada yang sedang berjuang untuk kejayaan, teruskan jangan berhenti sekerat jalan... Kepada yang telah Berjaya dan sedang meniti kehidupan ini, perbanyakkan membuat amal kebajikan untuk bekalan di sana nanti.. Kepada yang akan membina mahligai kehidupan bersama yang tersayang, layari lah bahtera hidup hingga ke jannah.. Kepada yang mendapat dugaan yang berat, ingatilah kepada Allah sentiasa agar hati tidak lara berpanjangan... Kepada yang masih hanyut oleh kehidupan dan kesedapan duniawi, bertaubatlah sementara masih ada peluang ini... Kepada yang telah lama pergi, moga2 arwah berada di tempat yang bahagia dan tergolong di dslsm orang2 yang dijanjikan syurga.. Kepada saya, harapan agar saya teruskan kehidupan ini dengan sabar dan Berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah... Sekian, selamat Berjaya dunia dan akhirat...